Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kisah Kelahiran

This Mom take charge and stays active throughout her 2nd birth and was rewarded intact perineum.

5th August 2019 Surges started around 8.30pm after my workout session. Lasting a few minutes in 30 minutes gap. 6th August 2019 Surges became mild in the morning but I had an instinct that baby was due anytime. Had lotsss of durian and super spicy nasi goreng for dinner. I was simply treating myself without guilt as I won't be able to indulge in them for quite some time after delivery. It definitely boosted my oxytocin. 10.00pm Surges became 15 minutes apart but still bearable. Went to sleep. 7th August 2019 4.00am Surges were strong and I couldn't continue sleeping. Informed husband to be on standby. 6.30am Surges were 10 minutes apart but I was still able to lie down, chat and laugh. Was having intimate moments with hubby to spike up more oxytocin. I wasn't stressed about making the baby come faster this time, I was genuinely spending time with him as I will be gone for confinement for quite long. 8.30am Surges were 5 minutes apart. It took m...

Nilai Nikmat Rasa Sensasi Bersalin

Adam Amri B Radeen Harris  3.53kg - 7/1/2018 - 1AM 6/1/2018 8am - Pagi ni aktiviti biasa bagi Ameera makan. Saya pun sekali breakfast. Tak ada rasa sakit ape-apa walaupun dah lebih tarikh EDD 4 hari. So, relax saja sambil minum raspberry tea. 9.30am - Rasa sakit perut macam nak membuang, so pergi la toilet, tapi lepas sekali pergi sakit juga. Ahh!! Sudah kena diarrhea la pula. Orang cakap diarrhea tanda-tanda bersalin. Tak apa kita rilek lagi sebab tak ada rasa contraction lagi. 10.30am - Rasa mild period pain, rasa macam Braxton Hicks. So layankan sahaja sebab memang start Braxton Hicks sejak 26 weeks maybe kurang minum air. Sakit pun timing tak sekata. 11.00am - Naluri seorang ibu. Walaupun timing tak sekata dapat rasa Baby ni akan keluar bila-bila masa sahaja. Minum lagi raspberry tea sambil duduk atas gym ball tonton Running Man. Rileks rasa sakit kuat tapi masih boleh tahan. 2.00pm – Praktis breathing sampai terlelap habis lari kiraan contr...

Hadir Kelas Dahulu, Ulangkaji Dengan Buku Kemudian | Kisah Bersalin Tenang

Masih segar di ingatan sewaktu Ibu ini hadir kelas HypnoBirthing bersama suaminya. Ibu ini jenis yang lasak. Mengandung pun masih memandu motornya untuk ke lokasi di mana beliau mengadakan coaching tuisyen Matematik. Saya berpesan-pesan, supaya bercuti dahulu sementara menunggu hari bersalin. Anak keduanya dahulu bersalin posisi OP (occiput posterior) iatu wajah bayi mengadap ke atas, yang lazimnya menyukarkan laluan bayi dalam saluran pelahiran dan cenderung menyakitkan ibu di sekitar pinggang dan tulang belakang. Mengharungi kontraksi lebih mencabar dan itulah terjadi pada beliau. Ceritanya pada saya, sewaktu dalam LR di HKL dahulu, bukaan sudah pun 8cm tetapi dek perit menanggung sakit kontraksi yang katanya lain sangat rasanya berbanding sewaktu melahirkan anak sulung, beliau merayu,"Nak C-ser (cesarean)! Nak C-ser!" Mujur jururawat yang bertugas memujuk dan meyakinkannya, memberitahu lagi sikit sahaja bayi akan keluar. Bertenang mampu untuk meneruskan bersali...

Rendah Daya Tahan Sakit Tidak Menghalang Ibu Ini Bersalin VBAC

[Olahan semula seperti yang diceritakan kepada CBE Hanz] Kelahiran anak pertama Ibu yang menetap di Johor ini ialah melalui pembedahan. Ibu ini menghubungi saya sekitar Oktober 2016 dan menjadikan kedua-dua buku Siri Bersalin Tenang sebagai salah satu rujukan dan mentelaah sendiri tanpa hadir mana-mana kelas persediaan bersalin. Ketika kandungan anak kedua beliau masuk ke minggu ke-37, posisi janin dalam rahim masih berkedudukan melintang dan dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya, harapan tipis untuk bayi berubah kedudukan. Beliau dinasihatkan untuk menjalani pembedahan Cesarean buat kali kedua dalam minggu itu juga walau sudah dinyatakan kepada doktor mahukan bersalin normal (vaginal) kali ini. Antara alasan yang diberikan, dikhuatiri air ketuban kering dan bayi terlalu besar untuk dilahirkan. Tiada tanda-tanda hendak bersalin malah pergerakan janin masih aktif. Justeru, saya dihubungi bagi mendapatkan pandangan. Saya dimaklumkan beliau banyak bersujud sejak mingg...

Inspirasi Posisi Merangkak Ketika Bersalin

21 Mei 2017 (39 minggu 1 hari) 5 petang: Perut asyik mengeras saja. Quite constant, tapi buat biasa saja sebab anggap Braxton Hicks. Lagipun pinggang tidak sakit. Jadi, layan anak-anak main sambil layan gymball, squat, pelvic floor exercise, dan senaman yang lain. 7.30 petang: Ada keluar brownish mucus plug. Tapi masih rileks. Yakin maklumkan pada suami, mungkin dalam 2 ke 3 hari, baby keluar. 1.30 pagi: Terjaga dari tidur. Wah, surge sudah mula berasa sakit pinggang la. Terus bangun untuk mengemas beg hospital.  3.00 pagi – Mula merekod masa kontraksi dan timer sudah menunjukkan selang 5 minit. Setiap kali surge hadir, berusaha untuk praktikkan pernafasan sambil merangkak dan berhayun. Kejutkan suami minta sama-sama kemas barang.  4.00 pagi - Cuba tidur sebab rasa mengantuk sangat  5.00 pagi - Terjaga semula. Surge semakin kuat. Asyik berasa nak buang air besar. 3 kali ulang alik ke tandas dan kali terakhir perasan ada blood stain keluar. Dalam...

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak...

Bersalin Posisi Merangkak Bersamaan Angry Cat?

21 Mei 2017 (39 minggu 1 hari)- 5 petang: Perut asyik mengeras saja. Quite constant...tapi buat biasa saja sebab anggap Braxton Hicks. Lagipun pinggang tidak sakit. Jadi, layan anak-anak main sambil layan gymball, squat, pelvic floor exercise, dan senaman yang lain. 7.30 petang: Ada keluar brownish mucus plug. Tapi masih rileks. Yakin maklumkan pada suami, mungkin dalam 2 ke 3 hari, baby keluar. 22 Mei 2017 1.30 pagi: Terjaga dari tidur. Wah, surge sudah mula berasa sakit pinggang la. Terus bangun untuk mengemas beg hospital. 3.00 pagi – Mula merekod masa kontraksi dan timer sudah menunjukkan selang 5 minit. Setiap kali surge hadir, berusaha untuk praktikkan pernafasan sambil merangkak dan berhayun. Kejutkan suami minta sama-sama kemas barang. 4.00 pagi - Cuba tidur sebab rasa mengantuk sangat 5.00 pagi - Terjaga semula. Surge semakin kuat. Asyik berasa nak buang air besar. 3 kali ulang alik ke tandas dan kali terakhir perasan ada blood stain keluar. Dalam hati k...

Kenapa Macam Rasa Ada Bola Peluru Hendak Jatuh?

Kaki sudah terhenti, terus melutut dan memegang suami. "Tak sempat dah ni..." . Semuanya bermula dengan trauma 2 tahun dahulu. Masa itu hanya persiapkan diri belajar tentang penyusuan ibu. Siap sudah berbelanja pam paling stylo waktu itu atas saranan kawan. Mudah katanya untuk ibu bekerjaya. . Taktau pula rupa-rupanya nak bersalin juga perlu persediaan. Ingatkan boleh main teran sahaja. . Akhirnya '2nd degree tear', hampir 2 jam dijahit dengan sabar oleh jururawat yang sabar menahan karenah. Gas yang dibekalkan untuk disedut semasa jahit bagai tidak membantu. . Berbekalkan pengalaman trauma, gagahkan diri mencari kelas persediaan bersalin untuk anak kedua. . . Harganya masih lebih rendah jika dibandingkan dengan harga pam Medela Freestyle yang dibeli semasa mengandungkan anak pertama. . Alhamdulillah, suami mahu turut serta. Memboyot 36 bulan kalau tak silap, duduk pun asyik kebas memanjang. . Terngiang-ngiang soalan Dr. Nadrah ...