Skip to main content

Kenapa Macam Rasa Ada Bola Peluru Hendak Jatuh?

Kaki sudah terhenti, terus melutut dan memegang suami.

"Tak sempat dah ni..."
.
Semuanya bermula dengan trauma 2 tahun dahulu. Masa itu hanya persiapkan diri belajar tentang penyusuan ibu. Siap sudah berbelanja pam paling stylo waktu itu atas saranan kawan. Mudah katanya untuk ibu bekerjaya.
.
Taktau pula rupa-rupanya nak bersalin juga perlu persediaan. Ingatkan boleh main teran sahaja.
.
Akhirnya '2nd degree tear', hampir 2 jam dijahit dengan sabar oleh jururawat yang sabar menahan karenah. Gas yang dibekalkan untuk disedut semasa jahit bagai tidak membantu.
.
Berbekalkan pengalaman trauma, gagahkan diri mencari kelas persediaan bersalin untuk anak kedua. .
.
Harganya masih lebih rendah jika dibandingkan dengan harga pam Medela Freestyle yang dibeli semasa mengandungkan anak pertama.
.
Alhamdulillah, suami mahu turut serta. Memboyot 36 bulan kalau tak silap, duduk pun asyik kebas memanjang.
.
Terngiang-ngiang soalan Dr. Nadrah waktu itu?
"Sebenarnya apa yang puan puan faham tentang 'gentle birth' ni?"
Sunyi.
Masing-masing masih belum 'panas'.
.
"Ada yang suka bersalin secara pembedahan. Pada dia sangat mudah dan senang. Itu sebenarnya sudah dikatakan 'gentle birth' ", lebih kurang begitu kata Dr. Nadrah.
.
'Gentle birth' ini yang selalu disalah ertikan sebagai 'home birth'.
"Buat apa la susah-susah fikir nak bersalin ada doula la, peneman la", itu antara yang selalu dibaca dari komen-komen di media sosial.
.
Bagi diri yang sudah trauma dengan dijahit 2 jam, pastinya mahukan sesuatu yang lebih indah untuk kelahiran seterusnya. Tidak mahu trauma buat kali kedua.
.
Setelah hadir kelas selama 2 hari bersama Dr. Nadrah yang juga seorang doktor yang berpengalaman mengendalikan kes O&G, pintu-pintu kefahaman terbuka tentang bagaimana badan bertindak balas dalam proses kelahiran.
.
Kalau dulu terfikir mahu ada doula yang meneman untuk bersalin, kali ini sudah lebih jelas, suamilah doula terbaik.
.
Masa anak pertama, suami duduk di luar sahaja.
"Saya tak berani la kalau darah-darah ni, rasa nak pengsan", kata suami.
.
Teringatkan kata-kata ini, maka duduklah keseorangan menahan sakit di dewan bersalin sambil sekali-sekali ditemani doktor pelatih yang memeriksa.
.
"Karang nanti doktor jenuh nak jaga orang pengsan, baiklah duduk kat luar aje", hati kecil berkira-kira walaupun suami dah tandatangan borang dan hospital mesra suami (suami boleh masuk bila bukaan sudah sampai beberapa cm tertentu).
.
"Minta maaf, saya lupa nak panggil suami", kata jururawat bertugas.
.
Menulis semula kenangan lama 3 tahun lalu setelah anak kedua 'terkeluar' sebelum sempat ke hospital. Disambut oleh suami dengan penuh syukur.
.
Ambulan dikejarkan ke rumah dan riuh rendah seketika dengan 3 orang jururawat yang hadir membantu mengeluarkan uri.
.
Malam itu, malam paling tenang dapat tidur lena setelah melahirkan Ali Ilman 4 kg. Dapat tidur di katil sendiri dan suami di sisi membantu menguruskan anak.
.
Terlalu berbeza dengan kenangan pertama menahan sakit di hospital dan tidak dapat tidur. Ditambah kegelabahan menguruskan anak sendirian menangis di hospital.
.
Sungguh, belajar ilmu bersalin ini membuka kunci-kunci kefahaman bagaimana membaca tanda-tanda yang diberikan oleh badan dan tidak panik ketika mahu bersalin, walaupun di mana jua lokasinya.
.
Tenang, seronok, gembira adalah hasil. Hasil setiap orang adalah pengalaman yang pastinya berbeza. Apa yang boleh kita buat adalah dengan mempelajari teknik-tekniknya daripada mereka yang ahli dalam bidangnya.
.
Pastinya, semua dengan izin Allah jua, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kita sebagai hamba-Nya hanya perlu berdoa, berusaha mencari ilmu daripada orang yang betul, amalkan dan selebihnya bertawakal.
.
Wallahu a'lam.
Nurul Fauzana
Coretan Pengalaman Terindah Melahirkan Anak 4kg
p/s - Kiriman kisah kelahiran ini adalah rakan sekelas saya
(Hanz Jamaludin)

Comments

Popular posts from this blog

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak...

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik...

Inspirasi Posisi Merangkak Ketika Bersalin

21 Mei 2017 (39 minggu 1 hari) 5 petang: Perut asyik mengeras saja. Quite constant, tapi buat biasa saja sebab anggap Braxton Hicks. Lagipun pinggang tidak sakit. Jadi, layan anak-anak main sambil layan gymball, squat, pelvic floor exercise, dan senaman yang lain. 7.30 petang: Ada keluar brownish mucus plug. Tapi masih rileks. Yakin maklumkan pada suami, mungkin dalam 2 ke 3 hari, baby keluar. 1.30 pagi: Terjaga dari tidur. Wah, surge sudah mula berasa sakit pinggang la. Terus bangun untuk mengemas beg hospital.  3.00 pagi – Mula merekod masa kontraksi dan timer sudah menunjukkan selang 5 minit. Setiap kali surge hadir, berusaha untuk praktikkan pernafasan sambil merangkak dan berhayun. Kejutkan suami minta sama-sama kemas barang.  4.00 pagi - Cuba tidur sebab rasa mengantuk sangat  5.00 pagi - Terjaga semula. Surge semakin kuat. Asyik berasa nak buang air besar. 3 kali ulang alik ke tandas dan kali terakhir perasan ada blood stain keluar. Dalam...