Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Isu Kehamilan

CAKNA KESIHATAN MENTAL BUAT KAUM IBU

Saya pernah menerima satu panggilan sekitar pukul 2 pagi dari seorang ibu yang sarat mengandung anak kedua yang berulang kali merasai mahu bunuh diri atas sebab putus harapan dengan hidup. Sepanjang panggilan kira-kira sejam lebih itu, saya lebih banyak mendengar dan sekali sekala mencelah dengan cuba menenangkannya dengan kata-kata perangsang (cuba berempati). Jujurnya saya sendiri tidak tahu respon bagaimana sebaiknya. Apa yang harus dikatakan dan simpati mahu membantu tapi saya sedar sudah di luar bidang saya dan ibu itu harus mendapatkan rawatan pakar jika sudah sehingga rasa ‘suicidal’. Penyudahnya saya berikan nombor telefon Befrienders (603-79568145 /  www.befrienders.org.my ) dan mencadangkan ibu ini untuk ke klinik dengan kadar segera untuk rawatan. Berceritanya semula pun sekarang, saya menggigil mengingatkannya semula. Saya cuma mampu berdoa dari jauh agar ibu ini selamat. Saya terkesan dengan kejadian ini.” . “Puan sudah buat yang terbaik, semampu yang puan boleh. Doa d...

URUTAN TEKANAN 'COUNTER PRESSURE'

Urutan ini merangkumi tekanan jari yang sederhana kuat ditekan di sebelah bahagian bawah belakang sekitar pinggul. Ia dapat mengurangkan sakit belakang yang lazim dialami oleh ibu mengandung. Rasa sakit itu akan meningkat tatkala ibu di ambang bersalin bersedia untuk melahirkan zuriat. Boleh tonton video ini sebagai rujukan https://youtu.be/pyOH_IVaXho

Rendah Daya Tahan Sakit Tidak Menghalang Ibu Ini Bersalin VBAC

[Olahan semula seperti yang diceritakan kepada CBE Hanz] Kelahiran anak pertama Ibu yang menetap di Johor ini ialah melalui pembedahan. Ibu ini menghubungi saya sekitar Oktober 2016 dan menjadikan kedua-dua buku Siri Bersalin Tenang sebagai salah satu rujukan dan mentelaah sendiri tanpa hadir mana-mana kelas persediaan bersalin. Ketika kandungan anak kedua beliau masuk ke minggu ke-37, posisi janin dalam rahim masih berkedudukan melintang dan dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya, harapan tipis untuk bayi berubah kedudukan. Beliau dinasihatkan untuk menjalani pembedahan Cesarean buat kali kedua dalam minggu itu juga walau sudah dinyatakan kepada doktor mahukan bersalin normal (vaginal) kali ini. Antara alasan yang diberikan, dikhuatiri air ketuban kering dan bayi terlalu besar untuk dilahirkan. Tiada tanda-tanda hendak bersalin malah pergerakan janin masih aktif. Justeru, saya dihubungi bagi mendapatkan pandangan. Saya dimaklumkan beliau banyak bersujud sejak mingg...

5 Sebab Kenapa Suami Harus Hadir Kelas Persediaan Bersalin

Di dalam Kelas Persediaan Bersalin, antara perkara yang dimaklumkan dan ilmu yang disampaikan merangkumi : 1) Morning sickness, alahan, sakit-sakit sendi, mengidam makanan adalah asam garam yang dijangkakan berlaku pada Isteri yang sedang hamil. Suami jangan pula kata Isteri sengaja mengada-ngadakan perlakuan tersebut. Ini banyak berpunca daripada perubahan hormon kerana tubuh badan isteri sedang menerima keadaan  pembaharuan bagi menampung perkembangan anak yang sedang dikandung. 2) Pemakanan seimbang untuk Ibu hamil ada sedikit kelainan berbanding sebelum hamil. Suami harus ambil berat tentang ini. 3) Melahirkan zuriat membakar kalori dan lemak serta memerlukan stamina yang mantap. Persediaan dari segi fizikal amat perlu pada Isteri dan siapalah yang sebaiknya mendorong isteri bersenam, melainkan suaminya sendiri? 4) Tiada lagi isu cemas, gugup, takut darah dan sebagainya menjelang hari bersalin kerana suami adalah sebaik-baik peneman ketika Isteri bersalin. Jad...

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik...

Kenapa Seorang Wanita Jadi Pelupa Sejak Mengandung

"Alahai, phone tertinggal di rumah. Nak balik rumah ker tak ni?" Dialog biasa didengari di kalangan ibu hamil. Pelupa semasa hamil adalah normal kerana perubahan hormon spesifiknya hormon pregesteron yang meningkat. Bagaimana menghadapi sindrom pelupa ini? ++ Bawa buku nota kecil ke mana-mana sahaja untuk mencatat perkara penting. Buku nota kecil tidak selalu digunakan jadi keberangkalian untuk terlupa rendah. Dan tidak perlu dicas seperti telefon. ++ Gunakan kalendar harian untuk dipamerkan di tempat yang mudah kita nampak apa perkara penting yang telah dicatat. ++ Himpunkan barang-barang yang selalu digunakan seperti dompet, kunci kereta, kunci rumah dan telefon pintar di satu tempat khas yang boleh dicapai dengan pantas. ++ Maklumkan pasangan berkenaan perkara penting supaya dia boleh mengingatkan kita sekiranya kita terlupa. ++ Perbanyakkan makan makanan yang mengandung anti-oksida dan zat mineral tinggi penting untuk keperluan otak. Antaranya: ...

Teknik Biasa Tetapi Menjadi Untuk Berbuat Keputusan Ketika Hamil Dan Bersalin

Sekiranya ibu hamil dan pasangannya dibelenggu dengan bebanan membuat keputusan penting, cuba praktikkan tip 'BRAIN' bila kita di persimpangan dilema. . B-R-A-I-N ialah satu perkataan akronim yang membawa maksud ‘Benefit’, ‘Risk’, ‘Alternative’, ‘Intuitive’ dan ‘Nothing’. Ia menjelaskan langkah membuat keputusan bermula dengan langkah pertama dan seterusnya dengan bertanya beberapa soalan pada pihak medikal seperti berikut:  Apakah manfaat (benefit) saranan mereka?  Apakah risiko (risk) yang perlu dihadapi jika tidak bersetuju dengan saranan tersebut?  Adakah alternatif (alternative) lain yang boleh diambil?  Apa kata naluri (intuitive) si ibu dan si ayah?  Bagaimana jika tidak berbuat apa-apa (do nothing) sebaliknya membenarkan perjalanan pelahiran menurut fitrah? . Bulatkan hati yakni kita bertawakal sepenuhnya pada Yang Maha Esa setelah menimbang-tara baik buruk tindakan berasaskan semua maklumat penting.