Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Penjagaan dalam Pantang

5 Sebab Kenapa Suami Harus Hadir Kelas Persediaan Bersalin

Di dalam Kelas Persediaan Bersalin, antara perkara yang dimaklumkan dan ilmu yang disampaikan merangkumi : 1) Morning sickness, alahan, sakit-sakit sendi, mengidam makanan adalah asam garam yang dijangkakan berlaku pada Isteri yang sedang hamil. Suami jangan pula kata Isteri sengaja mengada-ngadakan perlakuan tersebut. Ini banyak berpunca daripada perubahan hormon kerana tubuh badan isteri sedang menerima keadaan  pembaharuan bagi menampung perkembangan anak yang sedang dikandung. 2) Pemakanan seimbang untuk Ibu hamil ada sedikit kelainan berbanding sebelum hamil. Suami harus ambil berat tentang ini. 3) Melahirkan zuriat membakar kalori dan lemak serta memerlukan stamina yang mantap. Persediaan dari segi fizikal amat perlu pada Isteri dan siapalah yang sebaiknya mendorong isteri bersenam, melainkan suaminya sendiri? 4) Tiada lagi isu cemas, gugup, takut darah dan sebagainya menjelang hari bersalin kerana suami adalah sebaik-baik peneman ketika Isteri bersalin. Jad...

7 Alasan Terbaik Untuk Tidak Meneran Semasa Bersalin

+ Memberi peluang tisu perineum meregang dengan sendiri selari dengan kontraksi. + Tidak memberi tekanan pada bayi. + Menyimpan tenaga sekaligus kurang memenatkan. + Lebih banyak oksigen sampai kepada bayi kerana ibu tidak mencungap-cungap. + Redakan stress dan elak kegelisahan pada ibu. + Menghindari koyakan perineum yang teruk. + Masa berpantang lebih pendek dan lebih cepat pulih selepas melahirkan anak. . Tonton video dan hadamkan penerangan wanita ini.

Koyak Ikut Kulit | Bahagian Satu

“Ini saya beri petua awet muda.” Kesemua yang hadir mendongak merenung saya. Saya jangkakan mesti ada yang merasakan mereka tersilap kelas. Ini kelas persediaan bersalin atau kelas anggun mencantikkan diri? Saya meneruskan bicara langsung tidak terusik dengan kekerutan terpamer di wajah masing-masing. “Kulit kita perlu bernafas, sama seperti peparu perlukan oksigen. Jika ditepek bedak tebal-tebal serupa tepung gomak dah muka tu, macam mana kulit boleh bernafas? Pori-pori tertutup, kulit akan cepat kering dan kusam. Cepat berkedut. Lagi pantaslah kita dimamah usia, dan tak mustahil akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.” . “Sis Hanz, kenapa cerita ini semua? Apa kaitan dengan bersalin?” Seorang suami menunjukkan tanda protes dengan mengajukan soalan perkaitan. . Saya tidak menjawab soalan suami itu sebaliknya berpaling ke wajah para isteri dengan senyuman penuh bermakna. “Saya mahu tanya soalan ini kepada para isteri. Kulit ‘hat’ bawah tu, yang anu tu lain dari...