Skip to main content

Rendah Daya Tahan Sakit Tidak Menghalang Ibu Ini Bersalin VBAC



[Olahan semula seperti yang diceritakan kepada CBE Hanz]

Kelahiran anak pertama Ibu yang menetap di Johor ini ialah melalui pembedahan. Ibu ini menghubungi saya sekitar Oktober 2016 dan menjadikan kedua-dua buku Siri Bersalin Tenang sebagai salah satu rujukan dan mentelaah sendiri tanpa hadir mana-mana kelas persediaan bersalin.


Ketika kandungan anak kedua beliau masuk ke minggu ke-37, posisi janin dalam rahim masih berkedudukan melintang dan dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya, harapan tipis untuk bayi berubah kedudukan. Beliau dinasihatkan untuk menjalani pembedahan Cesarean buat kali kedua dalam minggu itu juga walau sudah dinyatakan kepada doktor mahukan bersalin normal (vaginal) kali ini. Antara alasan yang diberikan, dikhuatiri air ketuban kering dan bayi terlalu besar untuk dilahirkan. Tiada tanda-tanda hendak bersalin malah pergerakan janin masih aktif.

Justeru, saya dihubungi bagi mendapatkan pandangan. Saya dimaklumkan beliau banyak bersujud sejak minggu-mingu akhir kehamilan berpandukan panduan di laman spinningbabies.com dan banyak membuat pembacaan. Setiap kali bersujud, beliau dapat merasakan kepala janin ke bawah yakni telah berubah posisi dan yakin masih ada ruang untuk memberikan peluang pada janin berubah kedudukan. 

Katanya lagi besar kemungkinan pertambahan berat badannya kurang sedikit berbanding kehamilan yang dulu memungkinkan banyak ruang untuk janinnya berpusing-pusing. Tiada tanda cemas, janin aktif, ibu sihat jadi tiada alasan munasabah untuk meneruskan pembedahan hanya sekadar beberapa andaian. Goyah seketika, namun yakin pada firasat dan naluri Ibu. Beliau tawakal dan serahkan pada Allah dan usaha tanpa henti kerana bersemangat mahu VBAC (Vaginal Birth After Cesarean)

Ketika minggu ke-39, doktor memaklumkan janin sudah 'engaged' (masuk ke rongga saluran pelahiran). Menilai keperibadian diri yang sukar tahan sakit tetap tidak membantutkan usahanya. Antaranya meneruskan sujud lama-lama setiap kali solat.

4 Jun, tanda awal bersalin terbit dengan calitan darah atau dipanggil birth show. Kontraksi agak perlahan dan bila pemeriksaan dibuat, bukaan (dilate) baru 2cm. Beliau pulang ke rumah bersambung melayan kontraksi. Masuk waktu malam, ia semakin kuat dan tidur menjadi sukar. Apa yang mengkagumkan pada pengalaman bersalin kali ini, katanya, kontraksi tersebut masih boleh dikawal dengan tenang.

Tepat pukul 5 pagi pada 5 Jun, gesaan sensasi kontraksi semakin kuat lalu yakin pada firasat hati, beliau dan suami bertolak ke hospital. Sampai sahaja, jururawat yang memeriksa terkejut bila mendapati bukaan sudah 9cm dan keadaan jadi kelam-kabut kerana doktor masih belum sampai. Doktor tiba pada pukul 5:25 dan hanya 6 minit kemudian, bayinya dilahirkan dengan sempurna dan mudah. Harapan dan doa membuahkan hasil. Beliau berjaya VBAC!

Katanya pada saya, kelahiran kali ini sememangnya satu pengalaman baru yang sukar dilupakan. Inilah benar-benar beliau mengalami bagaimana rasa kontraksi dan merasai bayi keluar di laluan yang termaktub sewajarnya. BIla diberitahu bahawa bayinya akan keluar bila-bila masa, beliau tidak menjangka keupaayannya selama ini mengikut rentak kontraksi tidaklah sesusah yang difikirkan.

Selama ini sangkaannya melalui proses bersalin sangat sakit dan rasa kontraksi itu boleh berguling-guling dibuatnya. Benarlah hendak bersalin mesti ada ilmu dan bersiap sedia. Bukan main teran-teran sahaja, ujar beliau. 

Katanya lagi, adik-adiknya pun tidak menyangka beliau mampu menahan sakit. Sungguhpun kali terakhir beliau makan ialah sesudah berbuka puasa, ketika melalui proses bersalin, masih ada tenaga dan tidak berasa penat. Semua berlaku dengan pantas, bayi yang lahir pun segera dibersihkan dan proses menyusukan susu badan berjalan lancar.
Pesanan: Setiap tubuh badan ibu yang bakal melahirkan anak tidak akan sama. Jadikan sebagai panduan cerita ini bukan ikut-ikutan tanpa tujuan dan wawasan.

Comments

Popular posts from this blog

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak...

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik...

Inspirasi Posisi Merangkak Ketika Bersalin

21 Mei 2017 (39 minggu 1 hari) 5 petang: Perut asyik mengeras saja. Quite constant, tapi buat biasa saja sebab anggap Braxton Hicks. Lagipun pinggang tidak sakit. Jadi, layan anak-anak main sambil layan gymball, squat, pelvic floor exercise, dan senaman yang lain. 7.30 petang: Ada keluar brownish mucus plug. Tapi masih rileks. Yakin maklumkan pada suami, mungkin dalam 2 ke 3 hari, baby keluar. 1.30 pagi: Terjaga dari tidur. Wah, surge sudah mula berasa sakit pinggang la. Terus bangun untuk mengemas beg hospital.  3.00 pagi – Mula merekod masa kontraksi dan timer sudah menunjukkan selang 5 minit. Setiap kali surge hadir, berusaha untuk praktikkan pernafasan sambil merangkak dan berhayun. Kejutkan suami minta sama-sama kemas barang.  4.00 pagi - Cuba tidur sebab rasa mengantuk sangat  5.00 pagi - Terjaga semula. Surge semakin kuat. Asyik berasa nak buang air besar. 3 kali ulang alik ke tandas dan kali terakhir perasan ada blood stain keluar. Dalam...