Adam Amri B Radeen
Harris
3.53kg - 7/1/2018 - 1AM
6/1/2018
8am
- Pagi ni aktiviti biasa bagi Ameera makan. Saya pun sekali breakfast. Tak ada
rasa sakit ape-apa walaupun dah lebih tarikh EDD 4 hari. So, relax saja sambil
minum raspberry tea.
9.30am - Rasa sakit perut macam nak membuang, so
pergi la toilet, tapi lepas sekali pergi sakit juga. Ahh!! Sudah kena diarrhea
la pula. Orang cakap diarrhea tanda-tanda bersalin. Tak apa kita rilek lagi
sebab tak ada rasa contraction lagi.
10.30am - Rasa mild period pain, rasa macam Braxton
Hicks. So layankan sahaja sebab memang start Braxton Hicks sejak 26 weeks maybe
kurang minum air. Sakit pun timing tak sekata.
11.00am - Naluri seorang ibu. Walaupun timing tak
sekata dapat rasa Baby ni akan keluar bila-bila masa sahaja. Minum lagi
raspberry tea sambil duduk atas gym ball tonton Running Man. Rileks rasa sakit
kuat tapi masih boleh tahan.
2.00pm – Praktis breathing sampai terlelap habis
lari kiraan contraction hahaha. Rasa sangat tenang sampai tak rasa contraction
langsung. Tanda-tanda bersalin air atau darah tak ada pun lagi. So cakap dengan
hubby, kalau tak ada tanda tak nak pergi hospital.
4.50pm - Senyum happy, sebab dah ada blood show.
Happy sangat dapat rasa nikmat sakit bersalin yang dulu tak pernah rasa. Cakap
pada Mama dah ada tanda. Mama dah suruh pergi hospital, tapi cakap tak nak lagi
sebab rasa belum masa lagi.
8.00pm - Lepas solat makan. Papa pula cakap pukul
berapa nak pergi hospital khuatir prosedur dia lambat. Tapi dengan yakin cakap
nanti la lepas Isyak, pergi. Sementara tunggu Isyak duduk tas gym ball sambil
bernafas dengan tenang.
8.45pm - Lepas solat sambung balik duduk atas gym
ball. Timing dah 5 minit, beritahu Hubby sudah gap 5 minit. Tapi mandi dulu
sebelum pergi hospital, mandi air panas sedap sangat rasa.
9.20pm - Sebelum ke hospital cium Alia Ameera
puas-puas. Nanti rindu dia. Lagi-lagi bau masam dia haha. On the way to
hospital masih lagi timing 5 minit, 5 minit. Semasa berjalan masuk ke Dewan
Bersalin rasa gap 2 minit, 2 minit tapi sakit masih boleh tahan.
9.40pm - Doktor check bukaan dah 7cm, masa tu happy
tersangat-sangat! Rasa tak sabar nak jumpa Baby. Terus kena masuk labour room.
7/1/2018
Dalam pukul 12 pagi lebih rasanya bidan datang
suruh push. Masa tu tak ada rasa nak push pun lagi. Bidan marah saya tapi saya
marah balik bidan. Bidan tu terus keluar. So tinggal la seorang dalam labour
room. 5 minit lepas bidan keluar baru rasa nak push. So push la seorang-seorang
yakin pada diri boleh buat. Bidan masuk semula bilik. Terus kelam kabut panggil
hubby masuk. Hubby masuk je tak sampai berapa minit dapat rasa ring of fire.
Kepala baby dah keluar. Lepas tu tanpa push gedebuk terus keluar badan baby.
Memang boleh rasa bahu Baby keluar masa tu. Alhamdulillah selamat bersalin
pukul 1 pagi tepat.
Yakin pada diri, yakin semua telah diatur cantik
oleh Allah,
Sakit bersalin ni kita yang rasa. So orang lain tak
boleh nak paksa-paksa.
Sungguh indah, cantik dan nikmat proses kelahiran.
Proses semulajadi yang tak akan dapat dilupakan.
Terima kasih kerana share ilmu - CBE Hanz Jamaludin
Comments
Post a Comment