(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu)
Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis.^_^
.
Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36.
Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam.
Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.
Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membakut dan Sipitang)
Doktor: Kita akan pantau baby untuk 3 hari. Kalau hari ketiga still oblique, kiita akan Ceaser (Cesarean)la sebab mama sudah full term.
Saya: *bertambah rasa mahu pengsan*
Doktor: Okay mama boleh prepare barang-barang baby lah ye. Sekejap lagi ambulance sampai.
Saya: Ha?? Naik ambulance? Ndak boleh kah naik keta sendiri doktor?
Doktor: Ehh tak boleh..ni procedure.
Saya: *call suami on the spot dan nangis-nangis*
***
[Wad bersalin Hospital Beaufort ]
Masuk hari ke-2 warded. Kepala Ayra sudah berkedudukan tengah. Alhamdulillah. Cuma belum ‘engaged’ lagi.
Masuk hari ketiga. Saya sudah excited untuk discaj. Tiba-tiba doktor memaklumkan mahu memantau satu malam lagi. Masa itu rasa gelap dan semacam tak siuman. Menagis-nangis semahu-mahunya sampai saya tak hirau misi-misi dan doktor nak cakap apa. Sampai misi-misi yang baik hati tak berhenti-henti memujuk saya dan beri kata-kata semangat.
Akhirnya, saya seakan hilang pedoman dan berputus asa lalu saya bersemuka dengan doktor dan misi yang bertugas di kaunter.
"Doktor nak tunggu berapa hari lagi? Czer saja la. Bosan sudah saya warded".
Hari ke-4 (Selasa) saya dibenarkan discaj bersyarat iatu setiap awal pagi harus ke KK pula untuk memantau kedudukan Ayra.
Alahai... Di rumah.saya kaji dan terus mengkaji tentang ENGAGEMENT.
.
Apa yang saya jumpa, terdapat 5% ibu yang tidak mengalami sebarang engagement sampailah waktu melahirkan. Hari Jumaat, suami bawa berjalan-jalan bertujuan riadah dan stamina. Ketika membeli barang dapur di Hypermart, sedang syok menyorong troli, tiba-tiba rasa sakit perut yang tidak pernah rasa. Beritahu pada suami, "b..ke esok saya bersalin ni?"
.
Pulang rumah, sakit-sakit lagi. Selepas masuk waktu isyak, sakit lagi agak kuat. Tidak memberitahu suami sebab terlalu letih seharian berjalan. Saya solat Isyak dan sambung solat istikharah. Ingat sangat doa masa tu dan minta dengan Allah.
"Ya Allah, bantulah aku. Jika sudah sampai masanya anakku lahir kedunia, tunjukkanlah tanda yang jelas untukku. Seperti keluar darah atau air ketuban. Tapi jika belum masanya, berikanlah aku masa seketika untuk berehat secukupnya."
Lepas solat saya terus masuk tidur dengan sakit masih ada lagi on off tapi tidak mahu layan.
.
Hari ke-8 (Sabtu, 27hb). Usai solat subuh, masih rasa sakit yang sama. Suami bertanya mahu ke hospital atau tidak. Naluri cakap belum. Hendak rehat sekejap. Bangkit dari katil mahu ke dapur untuk bersarapan, dengan tidak semena-mena, kedengaran satu bunyi.
.
Pop!! Bloody show dan air meleleh-leleh ke kaki. Teringat doa malam sebelumnya. This is the time! Terpekik memberitahu suami. Huru-harunya selepas itu tidak dapat hendak digambarkan. Kelam kabut mandi, makan dan terus berangkat ke hospital.
.
Berbalik pada soal engagement.
27hb, 8 malam. Selepas VE 3cm: Ayra still not engaged. Macam-macam andaian para misi.
"Baby ko besar kali"
"tulang pinggul ko kecik kali ni Azaina"
"Kurus betul bah ko ni Azaina, baby pula besar"
Saya bertenang sahaja. Saya yakin saya termasuk dalam golongan 5% yang saya baca. Ayra will engaged when the right time is coming (labour)
.
28hb. 2 pagi. VE 8cm. Saya ditolak ke LR. Misi cepat-cepat jerit dengan misi-misi lain. Sebab kepala Ayra benar-benar mahu keluar.
.
2.40 pagi. Ayra selamat dilahirkan selepas mama dan papa berjuang ditemani 2 org misi yang menyambut Ayra.
See?? Engagement on 36-weeks hanyalah fakta dalam perubatan antenatal. Tapi setiap kelahiran itu tetap berbeza dan tidak boleh disama-ratakan.
.
Hikmah 4 hari warded.
1)Mama dapat pengalaman naik ambulance bunyi nino nino. Yeay!
2)Mama sudah dapat gambaran awal selok-belok wad bersalin Hospital Beaufort dan semua procedure wad. (Masa warded nak bersalin mama dah tak hairan dengar suara orang jerit-jerit dari LR nak beranak...ahahah)
3)Mama banyak membaca dan kaji tentang engagement.
4)Duduk wad 4 malam memang seksa tapi Allah Maha Adil. Allah berikan proses kelahiran yang mama rasa dipermudahkan tanpa sebarang campur tangan perubatan. (Natural birth)
5)Misi-misi mostly semua dah kenal mama. Masuk wad 27hb semua misi say hai dan cakap "Mahu bersalin sudah??"
6)Ini paling syahdu. Mama jatuh cinta berkali-kali sama papa. Sebab papa seoranglah yang jaga dan teman mama. Patient katil lain family bersilih-ganti datang melawat. Mama ada papa seorang saja. Papa sabar melayan kerenah dan tangisan mama yang stress sebab warded 4 hari.
Akhirnya, untuk rakan taulan yang sedang hamil atau merancang untuk hamil, banyakkan membaca ilmu kelahiran. Saya hari tu, salah satu buku yang saya khatam 4 kali sebelum melahirkan Ayra ialah buku #formulabersalintenang . Buku inilah kunci saya memahami mekanisme kelahiran dan melayan kontraksi.
Comments
Post a Comment