21 Mei 2017 (39 minggu 1 hari)- 5 petang: Perut asyik mengeras
saja. Quite constant...tapi buat biasa saja sebab anggap Braxton Hicks. Lagipun
pinggang tidak sakit. Jadi, layan anak-anak main sambil layan gymball, squat,
pelvic floor exercise, dan senaman yang lain.
7.30 petang: Ada keluar brownish mucus plug. Tapi masih
rileks. Yakin maklumkan pada suami, mungkin dalam 2 ke 3 hari, baby keluar.
22 Mei 2017
1.30 pagi: Terjaga dari tidur. Wah, surge sudah mula berasa
sakit pinggang la. Terus bangun untuk mengemas beg hospital.
3.00 pagi – Mula merekod masa kontraksi dan timer sudah
menunjukkan selang 5 minit. Setiap kali surge hadir, berusaha untuk praktikkan
pernafasan sambil merangkak dan berhayun. Kejutkan suami minta sama-sama kemas
barang.
4.00 pagi - Cuba tidur sebab rasa mengantuk sangat
5.00 pagi - Terjaga semula. Surge semakin kuat. Asyik berasa
nak buang air besar. 3 kali ulang alik ke tandas dan kali terakhir perasan ada
blood stain keluar. Dalam hati kata "yes, it's the time to go to
hospital"
5.30 pagi: Sempat solat taubat dan solat subuh berjemaah
dengan suami. Kejutkan anak sulung yang berusia lima tahun dan anak kedua yang
berusia tiga tahun bersiap-siap ikut pergi hospital. Kami memang terpaksa bawa
anak-anak sekali pergi hospital sebab tiada siapa yang boleh jagakan pada masa
tu.
6.20 pagi: Bertolak ke Hospital Tunku Azizah, Setapak.
Bermesej dengan Dr Linda memberitahu kami dalam perjalanan ke hospital. Sebelum
itu sempat mengunyah beberapa butir kurma. Kami tinggal di Nilai, jadi waktu
sebegini sudah mula jalan raya sesak.
Dalam hati tawakal saja, memang kepada
Allah kami serahkan segalanya. Suami berterusan ingatkan agar control
breathing. Untuk kurangkan fokus pada rasa sensasi kontraksi, saya hidu
"baby oil" seraya membayangkan kecomelan baby yang bakal dilahirkan.
Bila surge semakin kuat, saya hidu dan sapu "clary sage soothing oil"
pada pinggang. Amat membantu meredakan rasa itu.
7.30 pagi: Di saat kesesakan lalulintas agak teruk di Tol
Sungai Besi, gooosh, ketuban saya pecah! Entah kenapa..walaupun semakin sakit
tapi hati saya semakin gembira.Husband dah panik..tapi saya tahu dia buat-buat
tenang. Tidak sia-sia heret suami pergi Bengkel Bersalin Tenang kelolaan Sis
Hanz Jamaludin.
Akhirnya setelah 1 jam 30 minit tempoh perjalanan, sampai
juga kami di Hospital Tunku Azizah. Terus ke wad kecemasan. Nurse bertanya saya
"Puan ada appointment dengan Doc ya?" Saya jawab "Tak, tak..saya
nak bersalin dah ni". Mungkin nurse tidak perasan saya nak bersalin dah sebab
saya kelihatan tenang sahaja.
Nurse buat VE, wah..dah 9 sentimeter bukaan (dilated), dalam
sakit-sakit tu sempat lagi berbunga-bunga di hati "yess...tak lama lagi dah
ni". Nurse terus bawa ke labour room naik wheelchair. Saya nak berjalan saja
tapi nurse berkeras suruh naik takut saya terberanak..ok tidak mengapa, ikutkan
saja.
Tanya pada nurse, boleh bawa anak-anak masuk labour room
sekali. Tapi nurse cadangkan check in bilik wad terus dan tinggalkan anak-anak
di situ. Ok, tidak mengapa. Pesan pada anak-anak supaya jaga diri baik-baik di
situ..kejap lagi ibu datang bawa adik.
Masuk labour room terus panjat katil sambil buat 'all fours'
(merangkak). Masa ni Dr Linda belum sampai lagi sebab Dr Linda pun terperangkap
dalam kesesakan. Nurse hanya biarkan saya sendirian dalam labour room tu.
Bila surge makin menggila, kadang-kadang saya jadi haywired
juga. Mulalah saya menjerit "Allahuakbar" dan "sakit" instead
of breathing. Suami dan head nurse tidak putus asa mengingatkan kawal
pernafasan dan mengurut belakang saya.
Beberapa minit kemudian, Dr Linda tiba. Beliau membantu perbetulkan
posisi "all fours" (merangkak) dan pimpin say acara yang betul untuk pernafasan
keluarkan bayi.
8.30 pagi: Selepas pernafasan yang sebetulnya beberapa kali,
alhamdulillah, baby girl meluncur keluar dan spontan skin to skin dan beterusan
dengan penyusuan. Dapat merasa lewatkan potong tali pusat (DCC).
Syukur ya Allah untuk pengalaman kelahiran yang indah kali
ini. Sangat berbeza dengan kelahiran sebelum ni. Anak pertama, lahir czer. Anak
kedua vbac (bersalin normal selepas caesarean). Tapi itu pun selepas perjalanan
persalinan yang lama tambahan pula melalui prosedur induksi yang perit.
All the best untuk kawan-kawan yang sedang menunggu hari
untuk bersalin.
May Allah ease everything.
Comments
Post a Comment