Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Intervensi Medikal

Rendah Daya Tahan Sakit Tidak Menghalang Ibu Ini Bersalin VBAC

[Olahan semula seperti yang diceritakan kepada CBE Hanz] Kelahiran anak pertama Ibu yang menetap di Johor ini ialah melalui pembedahan. Ibu ini menghubungi saya sekitar Oktober 2016 dan menjadikan kedua-dua buku Siri Bersalin Tenang sebagai salah satu rujukan dan mentelaah sendiri tanpa hadir mana-mana kelas persediaan bersalin. Ketika kandungan anak kedua beliau masuk ke minggu ke-37, posisi janin dalam rahim masih berkedudukan melintang dan dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya, harapan tipis untuk bayi berubah kedudukan. Beliau dinasihatkan untuk menjalani pembedahan Cesarean buat kali kedua dalam minggu itu juga walau sudah dinyatakan kepada doktor mahukan bersalin normal (vaginal) kali ini. Antara alasan yang diberikan, dikhuatiri air ketuban kering dan bayi terlalu besar untuk dilahirkan. Tiada tanda-tanda hendak bersalin malah pergerakan janin masih aktif. Justeru, saya dihubungi bagi mendapatkan pandangan. Saya dimaklumkan beliau banyak bersujud sejak mingg...

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak...

7 Alasan Terbaik Untuk Tidak Meneran Semasa Bersalin

+ Memberi peluang tisu perineum meregang dengan sendiri selari dengan kontraksi. + Tidak memberi tekanan pada bayi. + Menyimpan tenaga sekaligus kurang memenatkan. + Lebih banyak oksigen sampai kepada bayi kerana ibu tidak mencungap-cungap. + Redakan stress dan elak kegelisahan pada ibu. + Menghindari koyakan perineum yang teruk. + Masa berpantang lebih pendek dan lebih cepat pulih selepas melahirkan anak. . Tonton video dan hadamkan penerangan wanita ini.

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik...

Koyak Ikut Kulit | Bahagian Dua

Seorang Pakar Kesihatan Keluarga berjawatan doktor yang bisa mengendalikan kes-kes ibu bersalin antara anak didikan kelas persediaan bersalin saya. Sarat hamil anak yang kelima, teruja mahu tahu ilmu bagaimana yang diajarkan oleh Pendidik Kelahiran (CBE) seperti saya. Adakalanya saya perkenalkan diri sebagai Guru Bersalin. Jikalau air muka tampak masih tidak mengerti, suka sahaja sebut Cikgu Beranak, untuk gelaran diri. . Kebetulan beliau hadir kelas p erseorangan jadi sepanjang kelas, saya tidaklah memonopoli sesi dengan berceloteh tidak henti-henti. Kami lebih banyak berbual dan bertukar informasi. Beliau bercerita dari sudut kesihatan dan sisi seorang petugas medikal manakala saya menekankan konsep fitrah juga aspek persediaan emosi dan kerohanian. Bayangkan gabungan ilmu kedua-duanya. Makin mantaplah bekalan buat ibu hamil berjuang di medan bersalin. . Rancak kami berbual sehinggalah topik tentang koyakan semasa meneran dibangkitkan. “Orang India paling susah ber...

Siapa Lagi Mahu Bersalin Tanpa Koyakan?

Koyakan perineum boleh dielak dengan menghindari guntingan episiotomi. Koyakan semula jadi lebih rendah risikonya dan jika ia berlaku sekalipun terutama jenis koyakan peringkat pertama yakni di kulit sahaja, tempoh kulit bertaut dan sembuh cepat.  Antara amalan:  Diet harian dilengkapi dengan zat protein yang tinggi, omega-3 dan lemak sihat supaya kulit lebih anjal dan tidak mudah merekah.  Rajin bersenam dengan memperbanyakkan mencangkung, berjalan cergas dan naik turun tangga di penghujung kehamilan.  Mempraktikkan senaman otot lantai pelvik (Kegel) secara konsisten.  Mengaplikasikan teknik pernafasan yang betul supaya tidak meneran terlalu kuat atau berjaya mengelakkan meneran.  Kita akan dipaksa menjalani episiotomi jika kelihatan keletihan melampau semasa melahirkan bayi. Atasinya dengan mengambil makanan dan minuman yang membekalkan tenaga mencukupi.

Teknik Biasa Tetapi Menjadi Untuk Berbuat Keputusan Ketika Hamil Dan Bersalin

Sekiranya ibu hamil dan pasangannya dibelenggu dengan bebanan membuat keputusan penting, cuba praktikkan tip 'BRAIN' bila kita di persimpangan dilema. . B-R-A-I-N ialah satu perkataan akronim yang membawa maksud ‘Benefit’, ‘Risk’, ‘Alternative’, ‘Intuitive’ dan ‘Nothing’. Ia menjelaskan langkah membuat keputusan bermula dengan langkah pertama dan seterusnya dengan bertanya beberapa soalan pada pihak medikal seperti berikut:  Apakah manfaat (benefit) saranan mereka?  Apakah risiko (risk) yang perlu dihadapi jika tidak bersetuju dengan saranan tersebut?  Adakah alternatif (alternative) lain yang boleh diambil?  Apa kata naluri (intuitive) si ibu dan si ayah?  Bagaimana jika tidak berbuat apa-apa (do nothing) sebaliknya membenarkan perjalanan pelahiran menurut fitrah? . Bulatkan hati yakni kita bertawakal sepenuhnya pada Yang Maha Esa setelah menimbang-tara baik buruk tindakan berasaskan semua maklumat penting.

Kenapa Macam Rasa Ada Bola Peluru Hendak Jatuh?

Kaki sudah terhenti, terus melutut dan memegang suami. "Tak sempat dah ni..." . Semuanya bermula dengan trauma 2 tahun dahulu. Masa itu hanya persiapkan diri belajar tentang penyusuan ibu. Siap sudah berbelanja pam paling stylo waktu itu atas saranan kawan. Mudah katanya untuk ibu bekerjaya. . Taktau pula rupa-rupanya nak bersalin juga perlu persediaan. Ingatkan boleh main teran sahaja. . Akhirnya '2nd degree tear', hampir 2 jam dijahit dengan sabar oleh jururawat yang sabar menahan karenah. Gas yang dibekalkan untuk disedut semasa jahit bagai tidak membantu. . Berbekalkan pengalaman trauma, gagahkan diri mencari kelas persediaan bersalin untuk anak kedua. . . Harganya masih lebih rendah jika dibandingkan dengan harga pam Medela Freestyle yang dibeli semasa mengandungkan anak pertama. . Alhamdulillah, suami mahu turut serta. Memboyot 36 bulan kalau tak silap, duduk pun asyik kebas memanjang. . Terngiang-ngiang soalan Dr. Nadrah ...