Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Formula Bersalin Tenang

Hadir Kelas Dahulu, Ulangkaji Dengan Buku Kemudian | Kisah Bersalin Tenang

Masih segar di ingatan sewaktu Ibu ini hadir kelas HypnoBirthing bersama suaminya. Ibu ini jenis yang lasak. Mengandung pun masih memandu motornya untuk ke lokasi di mana beliau mengadakan coaching tuisyen Matematik. Saya berpesan-pesan, supaya bercuti dahulu sementara menunggu hari bersalin. Anak keduanya dahulu bersalin posisi OP (occiput posterior) iatu wajah bayi mengadap ke atas, yang lazimnya menyukarkan laluan bayi dalam saluran pelahiran dan cenderung menyakitkan ibu di sekitar pinggang dan tulang belakang. Mengharungi kontraksi lebih mencabar dan itulah terjadi pada beliau. Ceritanya pada saya, sewaktu dalam LR di HKL dahulu, bukaan sudah pun 8cm tetapi dek perit menanggung sakit kontraksi yang katanya lain sangat rasanya berbanding sewaktu melahirkan anak sulung, beliau merayu,"Nak C-ser (cesarean)! Nak C-ser!" Mujur jururawat yang bertugas memujuk dan meyakinkannya, memberitahu lagi sikit sahaja bayi akan keluar. Bertenang mampu untuk meneruskan bersali...

Rendah Daya Tahan Sakit Tidak Menghalang Ibu Ini Bersalin VBAC

[Olahan semula seperti yang diceritakan kepada CBE Hanz] Kelahiran anak pertama Ibu yang menetap di Johor ini ialah melalui pembedahan. Ibu ini menghubungi saya sekitar Oktober 2016 dan menjadikan kedua-dua buku Siri Bersalin Tenang sebagai salah satu rujukan dan mentelaah sendiri tanpa hadir mana-mana kelas persediaan bersalin. Ketika kandungan anak kedua beliau masuk ke minggu ke-37, posisi janin dalam rahim masih berkedudukan melintang dan dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya, harapan tipis untuk bayi berubah kedudukan. Beliau dinasihatkan untuk menjalani pembedahan Cesarean buat kali kedua dalam minggu itu juga walau sudah dinyatakan kepada doktor mahukan bersalin normal (vaginal) kali ini. Antara alasan yang diberikan, dikhuatiri air ketuban kering dan bayi terlalu besar untuk dilahirkan. Tiada tanda-tanda hendak bersalin malah pergerakan janin masih aktif. Justeru, saya dihubungi bagi mendapatkan pandangan. Saya dimaklumkan beliau banyak bersujud sejak mingg...

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak...

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik...

Bersalin Posisi Merangkak Bersamaan Angry Cat?

21 Mei 2017 (39 minggu 1 hari)- 5 petang: Perut asyik mengeras saja. Quite constant...tapi buat biasa saja sebab anggap Braxton Hicks. Lagipun pinggang tidak sakit. Jadi, layan anak-anak main sambil layan gymball, squat, pelvic floor exercise, dan senaman yang lain. 7.30 petang: Ada keluar brownish mucus plug. Tapi masih rileks. Yakin maklumkan pada suami, mungkin dalam 2 ke 3 hari, baby keluar. 22 Mei 2017 1.30 pagi: Terjaga dari tidur. Wah, surge sudah mula berasa sakit pinggang la. Terus bangun untuk mengemas beg hospital. 3.00 pagi – Mula merekod masa kontraksi dan timer sudah menunjukkan selang 5 minit. Setiap kali surge hadir, berusaha untuk praktikkan pernafasan sambil merangkak dan berhayun. Kejutkan suami minta sama-sama kemas barang. 4.00 pagi - Cuba tidur sebab rasa mengantuk sangat 5.00 pagi - Terjaga semula. Surge semakin kuat. Asyik berasa nak buang air besar. 3 kali ulang alik ke tandas dan kali terakhir perasan ada blood stain keluar. Dalam hati k...

Khasiat Kurma Untuk Ibu Hamil

Muncul dengan banyak ketika bulan Ramadhan, buah tamar atau kurma mengandungi asid lemak seperti oleic dan linolenic bagi membantu pengumpulan serta pembekalan tenaga dan penghasilan hormon prostaglandin. . Amalan memakannya ketika hampir bersalin berupaya mewujudkan serotonin, tannin dan kalsium yang membantu kontraksi yang efektif dan otot-otot uterus lancar dan memendekkan tempoh bersalin.  . Buah tamar juga bermanfaat membantu menjaga kadar gula dalam darah bagi yang meng hidap penyakit kencing manis atau diabetes. (halaman 22, buku 'Formula Bersalin Tenang: Tip-tip Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu)

Adakah Teh Daun Raspberri Berbaloi Untuk Wang Anda Yang Bakal Melahirkan Anak

Mari kita selidiki melalui penemuan pakar. . Rendaman teh daun raspberry di bawah kategori teh herba ini memberikan khasiat vitamin dan mineral. Ia diperturunkan dari satu generasi ke generasi secara tradisional sebagai ramuan suplemen untuk ibu hamil di penghujung kehamilan sebagai persediaan organ pembiakan untuk bersalin dan penggalak penghasilan susu ibu. . Teh ini dianggap boleh membantu ibu yang lambat bersalin terutama dijadikan sebagai remedi bagi yang telah melepasi tarikh jangkaan bersalin (EDD) secara mendadak. . Apa yang berlaku sebenarnya bukanlah pencetus kontraksi secara semulajadi, sebaliknya menguatkan otot-otot Rahim agar sensasi kontraksi lebih efektif. Maka ia seharusnya diambil lebih awal secara konsisten menjelang EDD yang semakin menghampiri bukan dua tiga cawan diminum lantas memberi kesan pantas. Apabila diminum oleh ibu yang menyusukan, ia menjadi penggalak produksi susu ibu. . Pengambilannya mestilah konsisten setiap hari. Pada ibu hamil...