21 Mei 2017 (39 minggu 1 hari)
5 petang: Perut asyik mengeras saja. Quite constant, tapi buat biasa saja sebab anggap Braxton Hicks. Lagipun pinggang tidak sakit. Jadi, layan anak-anak main sambil layan gymball, squat, pelvic floor exercise, dan senaman yang lain.
7.30 petang: Ada keluar brownish mucus plug. Tapi masih rileks. Yakin maklumkan pada suami, mungkin dalam 2 ke 3 hari, baby keluar.
1.30 pagi: Terjaga dari tidur. Wah, surge sudah mula berasa sakit pinggang la. Terus bangun untuk mengemas beg hospital.
3.00 pagi – Mula merekod masa kontraksi dan timer sudah menunjukkan selang 5 minit. Setiap kali surge hadir, berusaha untuk praktikkan pernafasan sambil merangkak dan berhayun. Kejutkan suami minta sama-sama kemas barang.
4.00 pagi - Cuba tidur sebab rasa mengantuk sangat
5.00 pagi - Terjaga semula. Surge semakin kuat. Asyik berasa nak buang air besar. 3 kali ulang alik ke tandas dan kali terakhir perasan ada blood stain keluar. Dalam hati kata "yes, it's the time to go to hospital"
5.30 pagi: Sempat solat taubat dan solat subuh berjemaah dengan suami. Kejutkan anak sulung yang berusia lima tahun dan anak kedua yang berusia tiga tahun bersiap-siap ikut pergi hospital. Kami memang terpaksa bawa anak-anak sekali pergi hospital sebab tiada siapa yang boleh jagakan pada masa tu.
6.20 pagi: Bertolak ke Hospital Tunku Azizah, Setapak. Bermesej dengan Dr Linda memberitahu kami dalam perjalanan ke hospital. Sebelum itu sempat mengunyah beberapa butir kurma. Kami tinggal di Nilai, jadi waktu sebegini sudah mula jalan raya sesak.
Dalam hati tawakal saja, memang kepada Allah kami serahkan segalanya. Suami berterusan ingatkan agar control breathing. Untuk kurangkan fokus pada rasa sensasi kontraksi, saya hidu "baby oil" seraya membayangkan kecomelan baby yang bakal dilahirkan. Bila surge semakin kuat, saya hidu dan sapu "clary sage soothing oil" pada pinggang. Amat membantu meredakan rasa itu.
22 Mei 2017 -
7.30 pagi: Di saat kesesakan lalulintas agak teruk di Tol Sungai Besi, gooosh, ketuban saya pecah! Entah kenapa..walaupun semakin sakit tapi hati saya semakin gembira.Husband dah panik..tapi saya tahu dia buat-buat tenang. Tidak sia-sia heret suami pergi BENGKEL BERSALIN TENANG kelolaan Sis Hanz Jamaludin
Akhirnya setelah 1 jam 30 minit tempoh perjalanan, sampai juga kami di Hospital Tunku Azizah. Terus ke wad kecemasan. Nurse bertanya saya "Puan ada appointment dengan Doc ya?" Saya jawab "Tak, tak..saya nak bersalin dah ni". Mungkin nurse tidak perasan saya nak bersalin dah sebab saya kelihatan tenang sahaja.
Nurse buat VE, wah..dah 9 sentimeter bukaan (dilated), dalam sakit-sakit tu sempat lagi berbunga-bunga di hati "yess...tak lama lagi dah ni". Nurse terus bawa ke labour room naik wheelchair. Saya nak berjalan saja tapi nurse berkeras suruh naik takut saya terberanak..ok tidak mengapa, ikutkan saja.
Tanya pada nurse, boleh bawa anak-anak masuk labour room sekali. Tapi nurse cadangkan check in bilik wad terus dan tinggalkan anak-anak di situ. Ok, tidak mengapa. Pesan pada anak-anak supaya jaga diri baik-baik di situ, kejap lagi ibu datang bawa adik.
Masuk labour room terus panjat katil sambil buat 'all fours' (merangkak). Masa ini Dr Linda belum sampai lagi sebab Dr Linda pun terperangkap dalam kesesakan. Nurse hanya biarkan saya sendirian dalam labour room tu.
Bila surge makin menggila, kadang-kadang saya jadi haywired juga. Mulalah saya menjerit "Allahuakbar" dan "sakit" instead of breathing. Suami dan head nurse tidak putus asa mengingatkan kawal pernafasan dan mengurut belakang saya.
Beberapa minit kemudian, Dr Linda tiba. Beliau membantu perbetulkan posisi "all fours" (merangkak) dan pimpin saya cara yang betul untuk pernafasan keluarkan bayi.
Rupanya cara bersalin all fours itu hampir serupa dengan cara senaman angry cat yang Kak Hanz ajar dan ada dalam buku Formula Bersalin Tenang itu.
Cuma, tangan pegang dekat kepala katil (45 degree). Semasa menarik nafas, doktor suruh tarik badan ke depan sedikit dan ketika menghembus nafas, doktor suruh tarik badan ke belakang. Memang teringat senaman Angry Cat.
8.30 pagi: Selepas pernafasan yang sebetulnya beberapa kali, alhamdulillah, baby girl meluncur keluar dan spontan skin to skin dan beterusan dengan penyusuan. Dapat merasa lewatkan potong tali pusat (DCC)
Syukur ya Allah untuk pengalaman kelahiran yang indah kali ini. Sangat berbeza dengan kelahiran sebelum ni. Anak pertama, lahir czer. Anak kedua vbac (bersalin normal selepas caesarean). Tapi itu pun selepas perjalanan persalinan yang lama tambahan pula melalui prosedur induksi yang perit.
Comments
Post a Comment