Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Koyakan Perineum

MINYAK KELAPA DARA. BERKESANKAH?

Minyak kelapa dara atau nama Inggerisnya Virgin Coconut Oil (VCO) bermaksud sejenis minyak yang dihasilkan daripada kelapa yang tidak menerima pemprosesan haba yang berlebihan. Ia selamat digunakan untuk luaran atau dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan makanan yang bersesuaian. Dr Ian A. Prior (1960-an), seorang pakar jantung telah menemukan daripada hasil kajiannya terhadap penduduk di Pulau Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan  yang mengamalkan pemakanan kelapa sebagai diet harian; memiliki paras kolestrol rendah, kesihatan fizikal mantap dan tiada penyakit kronik seperti jantung dan kanser. Satu lagi kajian mendapati bahawa wanita yang mengamalkan pemakanan minyak kelapa dara setiap hari dapat mengurangkan lemak di bahagian abdomen. Walaupun minyak kelapa dara adalah sejenis lemak, ia mengandungi rantaian asid lemak yang sederhana dan tubuh badan akan menggunakan lelemak ini sebagai sumber tenaga. Ia sekaligus meningkatkan metabolisma. Amalan pemakanan dan penyapuann...

7 Alasan Terbaik Untuk Tidak Meneran Semasa Bersalin

+ Memberi peluang tisu perineum meregang dengan sendiri selari dengan kontraksi. + Tidak memberi tekanan pada bayi. + Menyimpan tenaga sekaligus kurang memenatkan. + Lebih banyak oksigen sampai kepada bayi kerana ibu tidak mencungap-cungap. + Redakan stress dan elak kegelisahan pada ibu. + Menghindari koyakan perineum yang teruk. + Masa berpantang lebih pendek dan lebih cepat pulih selepas melahirkan anak. . Tonton video dan hadamkan penerangan wanita ini.

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik...

Koyak Ikut Kulit | Bahagian Dua

Seorang Pakar Kesihatan Keluarga berjawatan doktor yang bisa mengendalikan kes-kes ibu bersalin antara anak didikan kelas persediaan bersalin saya. Sarat hamil anak yang kelima, teruja mahu tahu ilmu bagaimana yang diajarkan oleh Pendidik Kelahiran (CBE) seperti saya. Adakalanya saya perkenalkan diri sebagai Guru Bersalin. Jikalau air muka tampak masih tidak mengerti, suka sahaja sebut Cikgu Beranak, untuk gelaran diri. . Kebetulan beliau hadir kelas p erseorangan jadi sepanjang kelas, saya tidaklah memonopoli sesi dengan berceloteh tidak henti-henti. Kami lebih banyak berbual dan bertukar informasi. Beliau bercerita dari sudut kesihatan dan sisi seorang petugas medikal manakala saya menekankan konsep fitrah juga aspek persediaan emosi dan kerohanian. Bayangkan gabungan ilmu kedua-duanya. Makin mantaplah bekalan buat ibu hamil berjuang di medan bersalin. . Rancak kami berbual sehinggalah topik tentang koyakan semasa meneran dibangkitkan. “Orang India paling susah ber...

Koyak Ikut Kulit | Bahagian Satu

“Ini saya beri petua awet muda.” Kesemua yang hadir mendongak merenung saya. Saya jangkakan mesti ada yang merasakan mereka tersilap kelas. Ini kelas persediaan bersalin atau kelas anggun mencantikkan diri? Saya meneruskan bicara langsung tidak terusik dengan kekerutan terpamer di wajah masing-masing. “Kulit kita perlu bernafas, sama seperti peparu perlukan oksigen. Jika ditepek bedak tebal-tebal serupa tepung gomak dah muka tu, macam mana kulit boleh bernafas? Pori-pori tertutup, kulit akan cepat kering dan kusam. Cepat berkedut. Lagi pantaslah kita dimamah usia, dan tak mustahil akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.” . “Sis Hanz, kenapa cerita ini semua? Apa kaitan dengan bersalin?” Seorang suami menunjukkan tanda protes dengan mengajukan soalan perkaitan. . Saya tidak menjawab soalan suami itu sebaliknya berpaling ke wajah para isteri dengan senyuman penuh bermakna. “Saya mahu tanya soalan ini kepada para isteri. Kulit ‘hat’ bawah tu, yang anu tu lain dari...

Siapa Lagi Mahu Bersalin Tanpa Koyakan?

Koyakan perineum boleh dielak dengan menghindari guntingan episiotomi. Koyakan semula jadi lebih rendah risikonya dan jika ia berlaku sekalipun terutama jenis koyakan peringkat pertama yakni di kulit sahaja, tempoh kulit bertaut dan sembuh cepat.  Antara amalan:  Diet harian dilengkapi dengan zat protein yang tinggi, omega-3 dan lemak sihat supaya kulit lebih anjal dan tidak mudah merekah.  Rajin bersenam dengan memperbanyakkan mencangkung, berjalan cergas dan naik turun tangga di penghujung kehamilan.  Mempraktikkan senaman otot lantai pelvik (Kegel) secara konsisten.  Mengaplikasikan teknik pernafasan yang betul supaya tidak meneran terlalu kuat atau berjaya mengelakkan meneran.  Kita akan dipaksa menjalani episiotomi jika kelihatan keletihan melampau semasa melahirkan bayi. Atasinya dengan mengambil makanan dan minuman yang membekalkan tenaga mencukupi.