Skip to main content

Hadir Kelas Dahulu, Ulangkaji Dengan Buku Kemudian | Kisah Bersalin Tenang


Masih segar di ingatan sewaktu Ibu ini hadir kelas HypnoBirthing bersama suaminya. Ibu ini jenis yang lasak. Mengandung pun masih memandu motornya untuk ke lokasi di mana beliau mengadakan coaching tuisyen Matematik. Saya berpesan-pesan, supaya bercuti dahulu sementara menunggu hari bersalin.

Anak keduanya dahulu bersalin posisi OP (occiput posterior) iatu wajah bayi mengadap ke atas, yang lazimnya menyukarkan laluan bayi dalam saluran pelahiran dan cenderung menyakitkan ibu di sekitar pinggang dan tulang belakang. Mengharungi kontraksi lebih mencabar dan itulah terjadi pada beliau.

Ceritanya pada saya, sewaktu dalam LR di HKL dahulu, bukaan sudah pun 8cm tetapi dek perit menanggung sakit kontraksi yang katanya lain sangat rasanya berbanding sewaktu melahirkan anak sulung, beliau merayu,"Nak C-ser (cesarean)! Nak C-ser!" Mujur jururawat yang bertugas memujuk dan meyakinkannya, memberitahu lagi sikit sahaja bayi akan keluar. Bertenang mampu untuk meneruskan bersalin normal (SVD). Alhamdulillah...selepas itu segalanya berjalan lancar. 

Pasangan ini berasa pelik, sebab kata mereka, kali terakhir check-up yang baru sahaja beberapa hari sebelum hari bersalin, kedudukan bayi OA dan doktor pun kata semuanya baik-baik sahaja. Inilah yang dikatakan kuasa Allah SWT yang berhak mengubah sesuatu yang dikehendaki-Nya dalam sekelip mata. Segala pertolongan dan ketabahan dipanjatkan kepadaNya kerana padaNya kita memohon ikhsan dan keredhaan.

Ya, ibu di ambang bersalin memang adakalanya boleh goyah bila menanggung rasa sakit Maha perit! Peranan suami sebagai peneman untuk berterusan memujuk dan berikan keyakinan padanya bahawa dia mampu boleh. Melahirkan bayi berkedudukan OP bukan mudah.

Alhamdulillah...baru sahaja peristiwa ini berlalu, saya menerima perkhabaran dari beliau sedang mengandung kali ketiga. Cepat kan masa berlalu? Kata beliau, mahu mengulangkaji, lalu kedua-dua buah buku Siri Bersalin Tenang - #formulabersalintenang dan #syoknyabersalintenang didapatkannya dengan priviledge istimewa alumni.

Ini pula perkongsian kisah bersalin beliau baru-baru ini.
*****

Alhamdulillah, proses kali ni sangat mudah dan cepat.

Dalam pukul 9 pagi, air ketuban leaking. Belum rasa sakit. Minta suami balik dari tempat kerja.
Tak lama selepas tu, dah mula rasa sakit. Masa tu baru nak kemas-kemas baju nak dibawa ke hospital.
Sempat menyental baju dalam bilik air. Sepanjang contraction, masih boleh kawal. Makin lama makin kerap selang masa. Setiap kali contraction datang, saya terus mencangkung. Sangat membantu mengurangkan rasa sakit.
Dalam pukul 11 lebih, bertolak ke hospital. Sempat singgah kedai beli kurma ajwa.
Sampai di hospital, doktor suruh buat CTG. Contraction makin kuat, bukaan dah 9cm dan terus ke LR.
Masa dalam LR, squatting (mencangkung) dan jalan itik. Tak selesa duduk di katil, saya berdiri. Dengan bantuan suami, saya squatting dan kawal pernafasan. Doktor sangat membantu.
Saya melahirkan anak dalam keadaan squatting (mencangkung) pada jam 2.02 petang. Alhamdulillah..
Terima kasih pada Dr Zana Zalinda, Hospital Tunku Azizah yang sangat suppottive. Terima kasih juga pada Kak Hanz.

Comments

Popular posts from this blog

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak...

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik...

Ibu Ini Berjaya Bersalin Tanpa Koyakan Perineum

Baby Fikrah Ulya (3.79kg),17/1/2018 Bismillahirrahmanirrahim Perjalanan kelahiran alami anak ketiga saya iaitu puteri sulong kami FIKRAH ULYA, EDD : 12 Januari 2018 (Jumaat) Pada hari jangkaan bersalin, baby masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk keluar. Saya rileks je layan pregnancy. Kalau ikutkan, pada tarikh ini, kena pergi check up di KK tapi saya tak pergi kerana ada appointment dengan my lovely Dr Zana Zalinda  😍 😍 Alhamdulillah rasa tenang sahaja bila jumpa my doctor. Really POSITIVE & GIVE SUPPORT. Dr Zana beri extra 10 days dan siap bagi tips lagi. Berdekatan dengan hospital, ada orang jual nanas. Saya borong beli nanas 2 biji, 2 bekas buah nanas potong dan air nanas. Punyalah beriya beli asbab nak bagi natural inducer (ada term dia tapi saya tak ingat) supaya ada gesaan nak bersalin. 13 Januari 2018 (Sabtu) Seharian tu saya perbanyakkan makan nanas. Sedap nanas tu. Manis dan juicy sangat. Masih belum ada tanda. 14 Januari 2018 (Ahad) ...