Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hormon Hamil

CAKNA KESIHATAN MENTAL BUAT KAUM IBU

Saya pernah menerima satu panggilan sekitar pukul 2 pagi dari seorang ibu yang sarat mengandung anak kedua yang berulang kali merasai mahu bunuh diri atas sebab putus harapan dengan hidup. Sepanjang panggilan kira-kira sejam lebih itu, saya lebih banyak mendengar dan sekali sekala mencelah dengan cuba menenangkannya dengan kata-kata perangsang (cuba berempati). Jujurnya saya sendiri tidak tahu respon bagaimana sebaiknya. Apa yang harus dikatakan dan simpati mahu membantu tapi saya sedar sudah di luar bidang saya dan ibu itu harus mendapatkan rawatan pakar jika sudah sehingga rasa ‘suicidal’. Penyudahnya saya berikan nombor telefon Befrienders (603-79568145 /  www.befrienders.org.my ) dan mencadangkan ibu ini untuk ke klinik dengan kadar segera untuk rawatan. Berceritanya semula pun sekarang, saya menggigil mengingatkannya semula. Saya cuma mampu berdoa dari jauh agar ibu ini selamat. Saya terkesan dengan kejadian ini.” . “Puan sudah buat yang terbaik, semampu yang puan boleh. Doa d...

Khasiat Kurma Untuk Ibu Hamil

Muncul dengan banyak ketika bulan Ramadhan, buah tamar atau kurma mengandungi asid lemak seperti oleic dan linolenic bagi membantu pengumpulan serta pembekalan tenaga dan penghasilan hormon prostaglandin. . Amalan memakannya ketika hampir bersalin berupaya mewujudkan serotonin, tannin dan kalsium yang membantu kontraksi yang efektif dan otot-otot uterus lancar dan memendekkan tempoh bersalin.  . Buah tamar juga bermanfaat membantu menjaga kadar gula dalam darah bagi yang meng hidap penyakit kencing manis atau diabetes. (halaman 22, buku 'Formula Bersalin Tenang: Tip-tip Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu)

Kenapa Seorang Wanita Jadi Pelupa Sejak Mengandung

"Alahai, phone tertinggal di rumah. Nak balik rumah ker tak ni?" Dialog biasa didengari di kalangan ibu hamil. Pelupa semasa hamil adalah normal kerana perubahan hormon spesifiknya hormon pregesteron yang meningkat. Bagaimana menghadapi sindrom pelupa ini? ++ Bawa buku nota kecil ke mana-mana sahaja untuk mencatat perkara penting. Buku nota kecil tidak selalu digunakan jadi keberangkalian untuk terlupa rendah. Dan tidak perlu dicas seperti telefon. ++ Gunakan kalendar harian untuk dipamerkan di tempat yang mudah kita nampak apa perkara penting yang telah dicatat. ++ Himpunkan barang-barang yang selalu digunakan seperti dompet, kunci kereta, kunci rumah dan telefon pintar di satu tempat khas yang boleh dicapai dengan pantas. ++ Maklumkan pasangan berkenaan perkara penting supaya dia boleh mengingatkan kita sekiranya kita terlupa. ++ Perbanyakkan makan makanan yang mengandung anti-oksida dan zat mineral tinggi penting untuk keperluan otak. Antaranya: ...