Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Penjagaan Kehamilan

Bayi Songsang Pun Boleh

“Breech is just a variation of normal presentation. Even breech still can birth vaginally. Bayi songsang bukan terus kita katakan tak boleh bersalin’normal’ atau lebih tepat bersalin secara vaginal.”  Bersemangat saya menyampaikan maklumat ini dengan harapan anak didik yang hadir kelas persediaan bersalin tersemat ilmunya. . Baru hendak buka mulut untuk menyuruh mereka rujuk pada buku teks yang dibekalkan dalam kelas untuk topik tadi, saya dipotong oleh satu suara kagum,”Oh patutlah.” . Saya menoleh ke arah dari mana suara itu datang,”Apa yang patut Mir?” . “Saya pernah sambut bayi songsang secara vaginal dulu, Sis Hanz. Okay sahaja. Tiada permasalahan.” . Amir (bukan nama sebenar) ialah seorang doktor di sebuah hospital kerajaan dalam ibu negara. Beliau hadir ke kelas bersama isterinya yang sarat hamil anak kedua. . “Ceritalah pada kami, Mir, pengalaman sambut bayi songsang tu.” Dorongan saya disambut dengan anggukkan dua lagi pasangan merangkap rakan ...

Kursus Bersalin Terbaik Dengan Harga Di Bawah Pasaran

 Pernahkah Puan diberitahu tatacara aspek pemakanan berlandaskan pemakanan orang Asia, yakni Diet Nusantara dalam kelas antenatal?  Adakah Puan diberitahu makanan boleh menjadi remedi terbaik dalam menjaga kesihatan sekaligus menurunkan kadar risiko menjelang hari bersalin?  Sudahkah Puan dan pasangan sedia bersenam menurut cara yang betul dan telah terbukti sekian lama senaman bukan sahaja mengurangkan alahan hamil m alah membantu ketika bersalin?  Adakah Puan sudah memahami prosedur medikal sepanjang proses pelahiran?  Tahukah Puan bagaimana menangani rasa cemas kerana khuatir pada kemampuan menanggung sakit bersalin?  Bolehkah Puan berasa yakin berilmu untuk menempuh dua tahun menyusukan bayi yang bakal lahir? Dan, jika masih banyak soalan bermain-main di fikiran, Pengendali  Bengkel Bersalin Tenang  boleh membantu Puan dan pasangan menempuh detik bersejarah yang memberi seribu satu persoalan dan cabaran. Jangan tunggu lagi. Da...

5 Sebab Kenapa Suami Harus Hadir Kelas Persediaan Bersalin

Di dalam Kelas Persediaan Bersalin, antara perkara yang dimaklumkan dan ilmu yang disampaikan merangkumi : 1) Morning sickness, alahan, sakit-sakit sendi, mengidam makanan adalah asam garam yang dijangkakan berlaku pada Isteri yang sedang hamil. Suami jangan pula kata Isteri sengaja mengada-ngadakan perlakuan tersebut. Ini banyak berpunca daripada perubahan hormon kerana tubuh badan isteri sedang menerima keadaan  pembaharuan bagi menampung perkembangan anak yang sedang dikandung. 2) Pemakanan seimbang untuk Ibu hamil ada sedikit kelainan berbanding sebelum hamil. Suami harus ambil berat tentang ini. 3) Melahirkan zuriat membakar kalori dan lemak serta memerlukan stamina yang mantap. Persediaan dari segi fizikal amat perlu pada Isteri dan siapalah yang sebaiknya mendorong isteri bersenam, melainkan suaminya sendiri? 4) Tiada lagi isu cemas, gugup, takut darah dan sebagainya menjelang hari bersalin kerana suami adalah sebaik-baik peneman ketika Isteri bersalin. Jad...

Koyak Ikut Kulit | Bahagian Satu

“Ini saya beri petua awet muda.” Kesemua yang hadir mendongak merenung saya. Saya jangkakan mesti ada yang merasakan mereka tersilap kelas. Ini kelas persediaan bersalin atau kelas anggun mencantikkan diri? Saya meneruskan bicara langsung tidak terusik dengan kekerutan terpamer di wajah masing-masing. “Kulit kita perlu bernafas, sama seperti peparu perlukan oksigen. Jika ditepek bedak tebal-tebal serupa tepung gomak dah muka tu, macam mana kulit boleh bernafas? Pori-pori tertutup, kulit akan cepat kering dan kusam. Cepat berkedut. Lagi pantaslah kita dimamah usia, dan tak mustahil akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.” . “Sis Hanz, kenapa cerita ini semua? Apa kaitan dengan bersalin?” Seorang suami menunjukkan tanda protes dengan mengajukan soalan perkaitan. . Saya tidak menjawab soalan suami itu sebaliknya berpaling ke wajah para isteri dengan senyuman penuh bermakna. “Saya mahu tanya soalan ini kepada para isteri. Kulit ‘hat’ bawah tu, yang anu tu lain dari...

Adakah Teh Daun Raspberri Berbaloi Untuk Wang Anda Yang Bakal Melahirkan Anak

Mari kita selidiki melalui penemuan pakar. . Rendaman teh daun raspberry di bawah kategori teh herba ini memberikan khasiat vitamin dan mineral. Ia diperturunkan dari satu generasi ke generasi secara tradisional sebagai ramuan suplemen untuk ibu hamil di penghujung kehamilan sebagai persediaan organ pembiakan untuk bersalin dan penggalak penghasilan susu ibu. . Teh ini dianggap boleh membantu ibu yang lambat bersalin terutama dijadikan sebagai remedi bagi yang telah melepasi tarikh jangkaan bersalin (EDD) secara mendadak. . Apa yang berlaku sebenarnya bukanlah pencetus kontraksi secara semulajadi, sebaliknya menguatkan otot-otot Rahim agar sensasi kontraksi lebih efektif. Maka ia seharusnya diambil lebih awal secara konsisten menjelang EDD yang semakin menghampiri bukan dua tiga cawan diminum lantas memberi kesan pantas. Apabila diminum oleh ibu yang menyusukan, ia menjadi penggalak produksi susu ibu. . Pengambilannya mestilah konsisten setiap hari. Pada ibu hamil...

Kenapa Seorang Wanita Jadi Pelupa Sejak Mengandung

"Alahai, phone tertinggal di rumah. Nak balik rumah ker tak ni?" Dialog biasa didengari di kalangan ibu hamil. Pelupa semasa hamil adalah normal kerana perubahan hormon spesifiknya hormon pregesteron yang meningkat. Bagaimana menghadapi sindrom pelupa ini? ++ Bawa buku nota kecil ke mana-mana sahaja untuk mencatat perkara penting. Buku nota kecil tidak selalu digunakan jadi keberangkalian untuk terlupa rendah. Dan tidak perlu dicas seperti telefon. ++ Gunakan kalendar harian untuk dipamerkan di tempat yang mudah kita nampak apa perkara penting yang telah dicatat. ++ Himpunkan barang-barang yang selalu digunakan seperti dompet, kunci kereta, kunci rumah dan telefon pintar di satu tempat khas yang boleh dicapai dengan pantas. ++ Maklumkan pasangan berkenaan perkara penting supaya dia boleh mengingatkan kita sekiranya kita terlupa. ++ Perbanyakkan makan makanan yang mengandung anti-oksida dan zat mineral tinggi penting untuk keperluan otak. Antaranya: ...

Teknik Biasa Tetapi Menjadi Untuk Berbuat Keputusan Ketika Hamil Dan Bersalin

Sekiranya ibu hamil dan pasangannya dibelenggu dengan bebanan membuat keputusan penting, cuba praktikkan tip 'BRAIN' bila kita di persimpangan dilema. . B-R-A-I-N ialah satu perkataan akronim yang membawa maksud ‘Benefit’, ‘Risk’, ‘Alternative’, ‘Intuitive’ dan ‘Nothing’. Ia menjelaskan langkah membuat keputusan bermula dengan langkah pertama dan seterusnya dengan bertanya beberapa soalan pada pihak medikal seperti berikut:  Apakah manfaat (benefit) saranan mereka?  Apakah risiko (risk) yang perlu dihadapi jika tidak bersetuju dengan saranan tersebut?  Adakah alternatif (alternative) lain yang boleh diambil?  Apa kata naluri (intuitive) si ibu dan si ayah?  Bagaimana jika tidak berbuat apa-apa (do nothing) sebaliknya membenarkan perjalanan pelahiran menurut fitrah? . Bulatkan hati yakni kita bertawakal sepenuhnya pada Yang Maha Esa setelah menimbang-tara baik buruk tindakan berasaskan semua maklumat penting.