Skip to main content

Posts

CAKNA KESIHATAN MENTAL BUAT KAUM IBU

Saya pernah menerima satu panggilan sekitar pukul 2 pagi dari seorang ibu yang sarat mengandung anak kedua yang berulang kali merasai mahu bunuh diri atas sebab putus harapan dengan hidup. Sepanjang panggilan kira-kira sejam lebih itu, saya lebih banyak mendengar dan sekali sekala mencelah dengan cuba menenangkannya dengan kata-kata perangsang (cuba berempati). Jujurnya saya sendiri tidak tahu respon bagaimana sebaiknya. Apa yang harus dikatakan dan simpati mahu membantu tapi saya sedar sudah di luar bidang saya dan ibu itu harus mendapatkan rawatan pakar jika sudah sehingga rasa ‘suicidal’. Penyudahnya saya berikan nombor telefon Befrienders (603-79568145 /  www.befrienders.org.my ) dan mencadangkan ibu ini untuk ke klinik dengan kadar segera untuk rawatan. Berceritanya semula pun sekarang, saya menggigil mengingatkannya semula. Saya cuma mampu berdoa dari jauh agar ibu ini selamat. Saya terkesan dengan kejadian ini.” . “Puan sudah buat yang terbaik, semampu yang puan boleh. Doa dari
Recent posts

URUTAN TEKANAN 'COUNTER PRESSURE'

Urutan ini merangkumi tekanan jari yang sederhana kuat ditekan di sebelah bahagian bawah belakang sekitar pinggul. Ia dapat mengurangkan sakit belakang yang lazim dialami oleh ibu mengandung. Rasa sakit itu akan meningkat tatkala ibu di ambang bersalin bersedia untuk melahirkan zuriat. Boleh tonton video ini sebagai rujukan https://youtu.be/pyOH_IVaXho

MINYAK KELAPA DARA. BERKESANKAH?

Minyak kelapa dara atau nama Inggerisnya Virgin Coconut Oil (VCO) bermaksud sejenis minyak yang dihasilkan daripada kelapa yang tidak menerima pemprosesan haba yang berlebihan. Ia selamat digunakan untuk luaran atau dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan makanan yang bersesuaian. Dr Ian A. Prior (1960-an), seorang pakar jantung telah menemukan daripada hasil kajiannya terhadap penduduk di Pulau Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan  yang mengamalkan pemakanan kelapa sebagai diet harian; memiliki paras kolestrol rendah, kesihatan fizikal mantap dan tiada penyakit kronik seperti jantung dan kanser. Satu lagi kajian mendapati bahawa wanita yang mengamalkan pemakanan minyak kelapa dara setiap hari dapat mengurangkan lemak di bahagian abdomen. Walaupun minyak kelapa dara adalah sejenis lemak, ia mengandungi rantaian asid lemak yang sederhana dan tubuh badan akan menggunakan lelemak ini sebagai sumber tenaga. Ia sekaligus meningkatkan metabolisma. Amalan pemakanan dan penyapuannya m

This Mom take charge and stays active throughout her 2nd birth and was rewarded intact perineum.

5th August 2019 Surges started around 8.30pm after my workout session. Lasting a few minutes in 30 minutes gap. 6th August 2019 Surges became mild in the morning but I had an instinct that baby was due anytime. Had lotsss of durian and super spicy nasi goreng for dinner. I was simply treating myself without guilt as I won't be able to indulge in them for quite some time after delivery. It definitely boosted my oxytocin. 10.00pm Surges became 15 minutes apart but still bearable. Went to sleep. 7th August 2019 4.00am Surges were strong and I couldn't continue sleeping. Informed husband to be on standby. 6.30am Surges were 10 minutes apart but I was still able to lie down, chat and laugh. Was having intimate moments with hubby to spike up more oxytocin. I wasn't stressed about making the baby come faster this time, I was genuinely spending time with him as I will be gone for confinement for quite long. 8.30am Surges were 5 minutes apart. It took m

Ibu Ini Berjaya Bersalin Tanpa Koyakan Perineum

Baby Fikrah Ulya (3.79kg),17/1/2018 Bismillahirrahmanirrahim Perjalanan kelahiran alami anak ketiga saya iaitu puteri sulong kami FIKRAH ULYA, EDD : 12 Januari 2018 (Jumaat) Pada hari jangkaan bersalin, baby masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk keluar. Saya rileks je layan pregnancy. Kalau ikutkan, pada tarikh ini, kena pergi check up di KK tapi saya tak pergi kerana ada appointment dengan my lovely Dr Zana Zalinda  😍 😍 Alhamdulillah rasa tenang sahaja bila jumpa my doctor. Really POSITIVE & GIVE SUPPORT. Dr Zana beri extra 10 days dan siap bagi tips lagi. Berdekatan dengan hospital, ada orang jual nanas. Saya borong beli nanas 2 biji, 2 bekas buah nanas potong dan air nanas. Punyalah beriya beli asbab nak bagi natural inducer (ada term dia tapi saya tak ingat) supaya ada gesaan nak bersalin. 13 Januari 2018 (Sabtu) Seharian tu saya perbanyakkan makan nanas. Sedap nanas tu. Manis dan juicy sangat. Masih belum ada tanda. 14 Januari 2018 (Ahad) Aja

Nilai Nikmat Rasa Sensasi Bersalin

Adam Amri B Radeen Harris  3.53kg - 7/1/2018 - 1AM 6/1/2018 8am - Pagi ni aktiviti biasa bagi Ameera makan. Saya pun sekali breakfast. Tak ada rasa sakit ape-apa walaupun dah lebih tarikh EDD 4 hari. So, relax saja sambil minum raspberry tea. 9.30am - Rasa sakit perut macam nak membuang, so pergi la toilet, tapi lepas sekali pergi sakit juga. Ahh!! Sudah kena diarrhea la pula. Orang cakap diarrhea tanda-tanda bersalin. Tak apa kita rilek lagi sebab tak ada rasa contraction lagi. 10.30am - Rasa mild period pain, rasa macam Braxton Hicks. So layankan sahaja sebab memang start Braxton Hicks sejak 26 weeks maybe kurang minum air. Sakit pun timing tak sekata. 11.00am - Naluri seorang ibu. Walaupun timing tak sekata dapat rasa Baby ni akan keluar bila-bila masa sahaja. Minum lagi raspberry tea sambil duduk atas gym ball tonton Running Man. Rileks rasa sakit kuat tapi masih boleh tahan. 2.00pm – Praktis breathing sampai terlelap habis lari kiraan contracti

Hadir Kelas Dahulu, Ulangkaji Dengan Buku Kemudian | Kisah Bersalin Tenang

Masih segar di ingatan sewaktu Ibu ini hadir kelas HypnoBirthing bersama suaminya. Ibu ini jenis yang lasak. Mengandung pun masih memandu motornya untuk ke lokasi di mana beliau mengadakan coaching tuisyen Matematik. Saya berpesan-pesan, supaya bercuti dahulu sementara menunggu hari bersalin. Anak keduanya dahulu bersalin posisi OP (occiput posterior) iatu wajah bayi mengadap ke atas, yang lazimnya menyukarkan laluan bayi dalam saluran pelahiran dan cenderung menyakitkan ibu di sekitar pinggang dan tulang belakang. Mengharungi kontraksi lebih mencabar dan itulah terjadi pada beliau. Ceritanya pada saya, sewaktu dalam LR di HKL dahulu, bukaan sudah pun 8cm tetapi dek perit menanggung sakit kontraksi yang katanya lain sangat rasanya berbanding sewaktu melahirkan anak sulung, beliau merayu,"Nak C-ser (cesarean)! Nak C-ser!" Mujur jururawat yang bertugas memujuk dan meyakinkannya, memberitahu lagi sikit sahaja bayi akan keluar. Bertenang mampu untuk meneruskan bersali

Rendah Daya Tahan Sakit Tidak Menghalang Ibu Ini Bersalin VBAC

[Olahan semula seperti yang diceritakan kepada CBE Hanz] Kelahiran anak pertama Ibu yang menetap di Johor ini ialah melalui pembedahan. Ibu ini menghubungi saya sekitar Oktober 2016 dan menjadikan kedua-dua buku Siri Bersalin Tenang sebagai salah satu rujukan dan mentelaah sendiri tanpa hadir mana-mana kelas persediaan bersalin. Ketika kandungan anak kedua beliau masuk ke minggu ke-37, posisi janin dalam rahim masih berkedudukan melintang dan dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya, harapan tipis untuk bayi berubah kedudukan. Beliau dinasihatkan untuk menjalani pembedahan Cesarean buat kali kedua dalam minggu itu juga walau sudah dinyatakan kepada doktor mahukan bersalin normal (vaginal) kali ini. Antara alasan yang diberikan, dikhuatiri air ketuban kering dan bayi terlalu besar untuk dilahirkan. Tiada tanda-tanda hendak bersalin malah pergerakan janin masih aktif. Justeru, saya dihubungi bagi mendapatkan pandangan. Saya dimaklumkan beliau banyak bersujud sejak mingg

Inspirasi Posisi Merangkak Ketika Bersalin

21 Mei 2017 (39 minggu 1 hari) 5 petang: Perut asyik mengeras saja. Quite constant, tapi buat biasa saja sebab anggap Braxton Hicks. Lagipun pinggang tidak sakit. Jadi, layan anak-anak main sambil layan gymball, squat, pelvic floor exercise, dan senaman yang lain. 7.30 petang: Ada keluar brownish mucus plug. Tapi masih rileks. Yakin maklumkan pada suami, mungkin dalam 2 ke 3 hari, baby keluar. 1.30 pagi: Terjaga dari tidur. Wah, surge sudah mula berasa sakit pinggang la. Terus bangun untuk mengemas beg hospital.  3.00 pagi – Mula merekod masa kontraksi dan timer sudah menunjukkan selang 5 minit. Setiap kali surge hadir, berusaha untuk praktikkan pernafasan sambil merangkak dan berhayun. Kejutkan suami minta sama-sama kemas barang.  4.00 pagi - Cuba tidur sebab rasa mengantuk sangat  5.00 pagi - Terjaga semula. Surge semakin kuat. Asyik berasa nak buang air besar. 3 kali ulang alik ke tandas dan kali terakhir perasan ada blood stain keluar. Dalam hati kata &qu

Bayi Songsang Pun Boleh

“Breech is just a variation of normal presentation. Even breech still can birth vaginally. Bayi songsang bukan terus kita katakan tak boleh bersalin’normal’ atau lebih tepat bersalin secara vaginal.”  Bersemangat saya menyampaikan maklumat ini dengan harapan anak didik yang hadir kelas persediaan bersalin tersemat ilmunya. . Baru hendak buka mulut untuk menyuruh mereka rujuk pada buku teks yang dibekalkan dalam kelas untuk topik tadi, saya dipotong oleh satu suara kagum,”Oh patutlah.” . Saya menoleh ke arah dari mana suara itu datang,”Apa yang patut Mir?” . “Saya pernah sambut bayi songsang secara vaginal dulu, Sis Hanz. Okay sahaja. Tiada permasalahan.” . Amir (bukan nama sebenar) ialah seorang doktor di sebuah hospital kerajaan dalam ibu negara. Beliau hadir ke kelas bersama isterinya yang sarat hamil anak kedua. . “Ceritalah pada kami, Mir, pengalaman sambut bayi songsang tu.” Dorongan saya disambut dengan anggukkan dua lagi pasangan merangkap rakan seke