“Breech is just a variation of normal presentation. Even breech still can birth vaginally. Bayi songsang bukan terus kita katakan tak boleh bersalin’normal’ atau lebih tepat bersalin secara vaginal.”
Bersemangat saya menyampaikan maklumat ini dengan harapan anak didik yang hadir kelas persediaan bersalin tersemat ilmunya.
.
Baru hendak buka mulut untuk menyuruh mereka rujuk pada buku teks yang dibekalkan dalam kelas untuk topik tadi, saya dipotong oleh satu suara kagum,”Oh patutlah.”
.
Saya menoleh ke arah dari mana suara itu datang,”Apa yang patut Mir?”
.
“Saya pernah sambut bayi songsang secara vaginal dulu, Sis Hanz. Okay sahaja. Tiada permasalahan.”
.
Amir (bukan nama sebenar) ialah seorang doktor di sebuah hospital kerajaan dalam ibu negara. Beliau hadir ke kelas bersama isterinya yang sarat hamil anak kedua.
.
“Ceritalah pada kami, Mir, pengalaman sambut bayi songsang tu.” Dorongan saya disambut dengan anggukkan dua lagi pasangan merangkap rakan sekelas Amir dan isterinya.
.
“Masa tu saya masih seorang pelatih. Macam biasa seawal pagi, kami buat rondaan dan sementara menunggu Doktor yang in-charge dan melatih kami ni, kebetulan pula ada seorang ibu ni sudah nak bersalin sangat. Doktor yang sepatutnya attend pada ibu ni lambat sampai jadi sayalah jadi bidan terjun, ambil alih. Apa yang saya lihat sepanjang tempoh meneran itu, ibu ini merangkak sepanjang masa. Saya difahamkan oleh jururawat bertugas bayinya songsang. Saya jadi kaget masa tu dan semua pun tertunggu-tunggu doktor tiba. Saya tak buat apa-apa dan semua berlaku terlalu pantas, Sis Hanz. Ibu ni masih merangkak dan meneran sahaja sambil goyang-goyangkan pinggulnya. Mula-mula, nampak punggung bayi dan tak lama tu, badan pun meluncur keluar sekali. Saya cuma tolong sambut bayi tu setelah keluar seluruh badannya.”
.
“MasyaAllah. Alhamdulillah. Betul kan, songsang pun boleh ‘normal’. Jadi kenapa sekarang kerap sangat kita dengar bila bayi songsang sahaja mesti menjalani pembedahan Cesarean?”
.
“Itulah. Bila Sis Hanz terangkan ini baru saya boleh ingat semula kejadian tu. Tapi, saya dimarah teruk Sis Hanz selepas Doktor tu semak laporan ibu itu. Saya ingat lagi ayat-ayatnya pada saya,’You are lucky that the mother and the baby is okay despite breech and did SVD. Next time, prepare operation theatre. No more hesitation. Always remember, breech must go for Cesarean’. Jadi, bila sudah dipesan-pesan ala-ala mengugut sebegitu, sampai sekaranglah saya fikir bayi songsang tak boleh normal. Sehinggalah hadir kelas Sis Hanz ni.”
.
“Sebetulnya Mir, kalau ikutkan dari pengalaman dan luahan pakar yang mendokong kelahiran alamiah, mereka pun kesal sebab semakin ramai pakar obstetrik dan ginekologi tidak mahu mencuba bayi songsang lahir secara vaginal. Sepatutnya posisi ibu yang dimanipulasikan bagi membantu bayi keluar dengan lancar bukan dirobek sana-sini.”
.
Ada pencerahan, ada kemahuan. Bermula daripada satu biarlah ia merebak dan berubah kembali kepada fitrah. Ilmu Allah Maha luas. Pakar nan satu tak semestinya pakar untuk segalanya.
Comments
Post a Comment