Skip to main content

Koyak Ikut Kulit | Bahagian Dua


Seorang Pakar Kesihatan Keluarga berjawatan doktor yang bisa mengendalikan kes-kes ibu bersalin antara anak didikan kelas persediaan bersalin saya. Sarat hamil anak yang kelima, teruja mahu tahu ilmu bagaimana yang diajarkan oleh Pendidik Kelahiran (CBE) seperti saya. Adakalanya saya perkenalkan diri sebagai Guru Bersalin. Jikalau air muka tampak masih tidak mengerti, suka sahaja sebut Cikgu Beranak, untuk gelaran diri.
.

Kebetulan beliau hadir kelas perseorangan jadi sepanjang kelas, saya tidaklah memonopoli sesi dengan berceloteh tidak henti-henti. Kami lebih banyak berbual dan bertukar informasi. Beliau bercerita dari sudut kesihatan dan sisi seorang petugas medikal manakala saya menekankan konsep fitrah juga aspek persediaan emosi dan kerohanian. Bayangkan gabungan ilmu kedua-duanya. Makin mantaplah bekalan buat ibu hamil berjuang di medan bersalin.

.
Rancak kami berbual sehinggalah topik tentang koyakan semasa meneran dibangkitkan.
“Orang India paling susah beranak,” ujar beliau selamba.
“Eh, kenapa pula?” tanya saya.
“Kulit orang India liat. Jadi lambat bukaannya, payah bayi nak keluar. Itu sebab memakan masa.”
Saya tersengih mengangguk sementara beliau meneguk perlahan-lahan minuman yang terhidang.
”Bangsa Cina kalau kuat sangat meneran. paling teruk koyakan. Hancur macam taufu kena ketuk tu,” Beliau memuncungkan mulutnya.
.
Sudah pasti saya menunjukkan wajah kengerian tapi sedikit pun beliau tidak menunjukkan sebarang reaksi. Terdetik dalam hati saya, ’Mungkin sudah terlalu biasa sampaikan tiada emosi bercerita dan boleh keluar hipotesis sebegini.’
.
“Bangsa Melayu pula bagaimana?” tanya saya mahu beliau menyambung cerita.
“Oh, orang kita paling mudah. ‘Sedang-sedang’ kata orang. Tidaklah teruk sangat koyakannya. Orang kita pun paling kuat bertahan sakitnya.”
“Oh begitu, doktor rasa kenapa boleh pula disebabkan kulit berlainan ikut bangsa penyebab tahap koyakan jadi berbeza-beza?”
“Saya percaya diet memainkan peranan. Apa yang kita makan akan membentuk sel-sel organ termasuk kulit. Selidiklah setiap bangsa apa makanan ruji mereka. Dari situ, boleh dihubungkaitkan.”
.
Ada betulnya hipotesis beliau. India, makanannya kari. Daun kari dan rempah ratus tinggi zat protein, kalsium dan mineral. Bangsa Cina pula banyak makan sup. Minum air pun bergelen-gelen. Mana kulit tak benyek.
Melayu? Semua pun sapu.
Sisi nilai: Bersederhanalah dalam pengambilan makanan.

PENAFIAN [DISCLAIMER]:
Post ini sekadar membentangkan pandangan peribadi oleh seorang pakar kesihatan yang telah lama berpengalaman mengendalikan kes-kes bersalin. Tiada niat untuk membezakan kaum dan bangsa. Mana yang baik dijadikan iktibar, jika tidak memberi manfaat, abaikan sahaja. Penulis sekadar menekankan apa yang kita makan sememangnya bukan sekadar membentuk fizikal tetapi tahap kesihatan.

Comments

Popular posts from this blog

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak...

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik...

Inspirasi Posisi Merangkak Ketika Bersalin

21 Mei 2017 (39 minggu 1 hari) 5 petang: Perut asyik mengeras saja. Quite constant, tapi buat biasa saja sebab anggap Braxton Hicks. Lagipun pinggang tidak sakit. Jadi, layan anak-anak main sambil layan gymball, squat, pelvic floor exercise, dan senaman yang lain. 7.30 petang: Ada keluar brownish mucus plug. Tapi masih rileks. Yakin maklumkan pada suami, mungkin dalam 2 ke 3 hari, baby keluar. 1.30 pagi: Terjaga dari tidur. Wah, surge sudah mula berasa sakit pinggang la. Terus bangun untuk mengemas beg hospital.  3.00 pagi – Mula merekod masa kontraksi dan timer sudah menunjukkan selang 5 minit. Setiap kali surge hadir, berusaha untuk praktikkan pernafasan sambil merangkak dan berhayun. Kejutkan suami minta sama-sama kemas barang.  4.00 pagi - Cuba tidur sebab rasa mengantuk sangat  5.00 pagi - Terjaga semula. Surge semakin kuat. Asyik berasa nak buang air besar. 3 kali ulang alik ke tandas dan kali terakhir perasan ada blood stain keluar. Dalam...