Skip to main content

5 Sebab Kenapa Suami Harus Hadir Kelas Persediaan Bersalin


Di dalam Kelas Persediaan Bersalin, antara perkara yang dimaklumkan dan ilmu yang disampaikan merangkumi :

1) Morning sickness, alahan, sakit-sakit sendi, mengidam makanan adalah asam garam yang dijangkakan berlaku pada Isteri yang sedang hamil. Suami jangan pula kata Isteri sengaja mengada-ngadakan perlakuan tersebut. Ini banyak berpunca daripada perubahan hormon kerana tubuh badan isteri sedang menerima keadaan pembaharuan bagi menampung perkembangan anak yang sedang dikandung.

2) Pemakanan seimbang untuk Ibu hamil ada sedikit kelainan berbanding sebelum hamil. Suami harus ambil berat tentang ini.

3) Melahirkan zuriat membakar kalori dan lemak serta memerlukan stamina yang mantap. Persediaan dari segi fizikal amat perlu pada Isteri dan siapalah yang sebaiknya mendorong isteri bersenam, melainkan suaminya sendiri?

4) Tiada lagi isu cemas, gugup, takut darah dan sebagainya menjelang hari bersalin kerana suami adalah sebaik-baik peneman ketika Isteri bersalin. Jadi, suami harus tahu mekanisma, proses bersalin itu bagaimana.

5) Bukan mudah dan tidaklah pula sukar tempoh berpantang selepas melahirkan. Tetapi jika suami banyak membantu memikul tanggungjawab dan tidak cepat melatah ketika isteri sedang berpantang, boleh mempercepatkan pemulihan isteri selepas bersalin terutama dari segi emosi dan fisiologi.

Comments

Popular posts from this blog

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak...

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik...

Inspirasi Posisi Merangkak Ketika Bersalin

21 Mei 2017 (39 minggu 1 hari) 5 petang: Perut asyik mengeras saja. Quite constant, tapi buat biasa saja sebab anggap Braxton Hicks. Lagipun pinggang tidak sakit. Jadi, layan anak-anak main sambil layan gymball, squat, pelvic floor exercise, dan senaman yang lain. 7.30 petang: Ada keluar brownish mucus plug. Tapi masih rileks. Yakin maklumkan pada suami, mungkin dalam 2 ke 3 hari, baby keluar. 1.30 pagi: Terjaga dari tidur. Wah, surge sudah mula berasa sakit pinggang la. Terus bangun untuk mengemas beg hospital.  3.00 pagi – Mula merekod masa kontraksi dan timer sudah menunjukkan selang 5 minit. Setiap kali surge hadir, berusaha untuk praktikkan pernafasan sambil merangkak dan berhayun. Kejutkan suami minta sama-sama kemas barang.  4.00 pagi - Cuba tidur sebab rasa mengantuk sangat  5.00 pagi - Terjaga semula. Surge semakin kuat. Asyik berasa nak buang air besar. 3 kali ulang alik ke tandas dan kali terakhir perasan ada blood stain keluar. Dalam...