Skip to main content

Koyak Ikut Kulit | Bahagian Satu


“Ini saya beri petua awet muda.”
Kesemua yang hadir mendongak merenung saya. Saya jangkakan mesti ada yang merasakan mereka tersilap kelas. Ini kelas persediaan bersalin atau kelas anggun mencantikkan diri?


Saya meneruskan bicara langsung tidak terusik dengan kekerutan terpamer di wajah masing-masing. “Kulit kita perlu bernafas, sama seperti peparu perlukan oksigen. Jika ditepek bedak tebal-tebal serupa tepung gomak dah muka tu, macam mana kulit boleh bernafas? Pori-pori tertutup, kulit akan cepat kering dan kusam. Cepat berkedut. Lagi pantaslah kita dimamah usia, dan tak mustahil akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.”
.
“Sis Hanz, kenapa cerita ini semua? Apa kaitan dengan bersalin?” Seorang suami menunjukkan tanda protes dengan mengajukan soalan perkaitan.
.
Saya tidak menjawab soalan suami itu sebaliknya berpaling ke wajah para isteri dengan senyuman penuh bermakna.
“Saya mahu tanya soalan ini kepada para isteri. Kulit ‘hat’ bawah tu, yang anu tu lain daripada kulit wajah kitakah? Agak-agak teksturnya sama?”
.
Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum kedengaran beberapa suara menjawab ‘sama’ dan ‘tak sama’. Bunyinya kurang yakin.
.
Sunyi.
Kata orang, jikalau tiba-tiba jarum jatuh pun boleh terdengar detingnya, petanda Malaikat lalu.
.
“Jangan diasingkan kulit wajah dengan kulit seluruh tubuh badan termasuklah kulit vagina, laluan pelahiran untuk bayi yang akan lahir. Penjagaannya sama. Mahu ia kenyal tapi tak terlalu liat, apatah lagi keras kematu sampai susah nak buka, kita mesti jaga teksturnya.”
.
Saya mengambil nafas sejenak sebelum menyambung, “Selain pemakanan yang kaya dengan zat lemak baik dan protein, kita mesti pastikan kulit sekitar situ bernafas secukupnya. Koyakan pada kulit terjadi bermula dengan rekahan dan kulit yang kering. Jadi, tidur malam, jangan pakai seluar dalam.”
.
Suasana hening dan wajah-wajah serius sebelum ini berubah tona. Ada yang tersenyum. Ada juga yang mula ketawa kecil malu-malu alah.
.
“Mestilah tak pakai seluar dalam, Sis Hanz,” sahut sang suami yang soalannya tidak saya endahkan tadi.
.
“Isk, kalian ni. Bukan itu maksud saya. Saya maksudkan ‘angin-anginkan’ kulit tu, jangan tutup serupa kita tutup kulit wajah dengan tepek bedak. Biar kulit tu terbuka.”
.
Semakin kuat ketawa terutamanya dari para suami sementelah para isteri tersipu-sipu merah menahan malu.
.
“Saya beritahu petua ini sebagai langkah untuk mecegah koyakan atau sekurang-kurangnya minimakan koyakan kelak terutama saat bayi meluncur keluar. Ada lagi petua untuk bersalin elak koyakan saya bakal kongsikan. Tapi, kalau petua yang ini tak mahu percaya, tak mengapa. Tak perlu teruskan dengan petua yang lagi satu.”
Saya berpura-pura tarik muka merajuk dengan anak didik yang masih belum henti ketawanya.
.
“Kami percaya Sis Hanz, Kami percaya.” Bersahutan suara para suami dan mencelah suara sang isteri bernada memujuk.

Comments

Popular posts from this blog

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak...

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik...

Ibu Ini Berjaya Bersalin Tanpa Koyakan Perineum

Baby Fikrah Ulya (3.79kg),17/1/2018 Bismillahirrahmanirrahim Perjalanan kelahiran alami anak ketiga saya iaitu puteri sulong kami FIKRAH ULYA, EDD : 12 Januari 2018 (Jumaat) Pada hari jangkaan bersalin, baby masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk keluar. Saya rileks je layan pregnancy. Kalau ikutkan, pada tarikh ini, kena pergi check up di KK tapi saya tak pergi kerana ada appointment dengan my lovely Dr Zana Zalinda  😍 😍 Alhamdulillah rasa tenang sahaja bila jumpa my doctor. Really POSITIVE & GIVE SUPPORT. Dr Zana beri extra 10 days dan siap bagi tips lagi. Berdekatan dengan hospital, ada orang jual nanas. Saya borong beli nanas 2 biji, 2 bekas buah nanas potong dan air nanas. Punyalah beriya beli asbab nak bagi natural inducer (ada term dia tapi saya tak ingat) supaya ada gesaan nak bersalin. 13 Januari 2018 (Sabtu) Seharian tu saya perbanyakkan makan nanas. Sedap nanas tu. Manis dan juicy sangat. Masih belum ada tanda. 14 Januari 2018 (Ahad) ...