Baby Fikrah Ulya (3.79kg),17/1/2018 Bismillahirrahmanirrahim Perjalanan kelahiran alami anak ketiga saya iaitu puteri sulong kami FIKRAH ULYA, EDD : 12 Januari 2018 (Jumaat) Pada hari jangkaan bersalin, baby masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk keluar. Saya rileks je layan pregnancy. Kalau ikutkan, pada tarikh ini, kena pergi check up di KK tapi saya tak pergi kerana ada appointment dengan my lovely Dr Zana Zalinda 😍 😍 Alhamdulillah rasa tenang sahaja bila jumpa my doctor. Really POSITIVE & GIVE SUPPORT. Dr Zana beri extra 10 days dan siap bagi tips lagi. Berdekatan dengan hospital, ada orang jual nanas. Saya borong beli nanas 2 biji, 2 bekas buah nanas potong dan air nanas. Punyalah beriya beli asbab nak bagi natural inducer (ada term dia tapi saya tak ingat) supaya ada gesaan nak bersalin. 13 Januari 2018 (Sabtu) Seharian tu saya perbanyakkan makan nanas. Sedap nanas tu. Manis dan juicy sangat. Masih belum ada tanda. 14 Januari 2018 (Ahad) ...