Skip to main content

Nilai Nikmat Rasa Sensasi Bersalin




Adam Amri B Radeen Harris 

3.53kg - 7/1/2018 - 1AM

6/1/2018
8am - Pagi ni aktiviti biasa bagi Ameera makan. Saya pun sekali breakfast. Tak ada rasa sakit ape-apa walaupun dah lebih tarikh EDD 4 hari. So, relax saja sambil minum raspberry tea.

9.30am - Rasa sakit perut macam nak membuang, so pergi la toilet, tapi lepas sekali pergi sakit juga. Ahh!! Sudah kena diarrhea la pula. Orang cakap diarrhea tanda-tanda bersalin. Tak apa kita rilek lagi sebab tak ada rasa contraction lagi.

10.30am - Rasa mild period pain, rasa macam Braxton Hicks. So layankan sahaja sebab memang start Braxton Hicks sejak 26 weeks maybe kurang minum air. Sakit pun timing tak sekata.

11.00am - Naluri seorang ibu. Walaupun timing tak sekata dapat rasa Baby ni akan keluar bila-bila masa sahaja. Minum lagi raspberry tea sambil duduk atas gym ball tonton Running Man. Rileks rasa sakit kuat tapi masih boleh tahan.

2.00pm – Praktis breathing sampai terlelap habis lari kiraan contraction hahaha. Rasa sangat tenang sampai tak rasa contraction langsung. Tanda-tanda bersalin air atau darah tak ada pun lagi. So cakap dengan hubby, kalau tak ada tanda tak nak pergi hospital.

4.50pm - Senyum happy, sebab dah ada blood show. Happy sangat dapat rasa nikmat sakit bersalin yang dulu tak pernah rasa. Cakap pada Mama dah ada tanda. Mama dah suruh pergi hospital, tapi cakap tak nak lagi sebab rasa belum masa lagi.

8.00pm - Lepas solat makan. Papa pula cakap pukul berapa nak pergi hospital khuatir prosedur dia lambat. Tapi dengan yakin cakap nanti la lepas Isyak, pergi. Sementara tunggu Isyak duduk tas gym ball sambil bernafas dengan tenang.

8.45pm - Lepas solat sambung balik duduk atas gym ball. Timing dah 5 minit, beritahu Hubby sudah gap 5 minit. Tapi mandi dulu sebelum pergi hospital, mandi air panas sedap sangat rasa.

9.20pm - Sebelum ke hospital cium Alia Ameera puas-puas. Nanti rindu dia. Lagi-lagi bau masam dia haha. On the way to hospital masih lagi timing 5 minit, 5 minit. Semasa berjalan masuk ke Dewan Bersalin rasa gap 2 minit, 2 minit tapi sakit masih boleh tahan.

9.40pm - Doktor check bukaan dah 7cm, masa tu happy tersangat-sangat! Rasa tak sabar nak jumpa Baby. Terus kena masuk labour room.

7/1/2018
Dalam pukul 12 pagi lebih rasanya bidan datang suruh push. Masa tu tak ada rasa nak push pun lagi. Bidan marah saya tapi saya marah balik bidan. Bidan tu terus keluar. So tinggal la seorang dalam labour room. 5 minit lepas bidan keluar baru rasa nak push. So push la seorang-seorang yakin pada diri boleh buat. Bidan masuk semula bilik. Terus kelam kabut panggil hubby masuk. Hubby masuk je tak sampai berapa minit dapat rasa ring of fire. Kepala baby dah keluar. Lepas tu tanpa push gedebuk terus keluar badan baby. Memang boleh rasa bahu Baby keluar masa tu. Alhamdulillah selamat bersalin pukul 1 pagi tepat.

Yakin pada diri, yakin semua telah diatur cantik oleh Allah, 
Sakit bersalin ni kita yang rasa. So orang lain tak boleh nak paksa-paksa.
Sungguh indah, cantik dan nikmat proses kelahiran. Proses semulajadi yang tak akan dapat dilupakan.
Terima kasih kerana share ilmu - CBE Hanz Jamaludin

Comments

Popular posts from this blog

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik

Bayi Songsang Pun Boleh

“Breech is just a variation of normal presentation. Even breech still can birth vaginally. Bayi songsang bukan terus kita katakan tak boleh bersalin’normal’ atau lebih tepat bersalin secara vaginal.”  Bersemangat saya menyampaikan maklumat ini dengan harapan anak didik yang hadir kelas persediaan bersalin tersemat ilmunya. . Baru hendak buka mulut untuk menyuruh mereka rujuk pada buku teks yang dibekalkan dalam kelas untuk topik tadi, saya dipotong oleh satu suara kagum,”Oh patutlah.” . Saya menoleh ke arah dari mana suara itu datang,”Apa yang patut Mir?” . “Saya pernah sambut bayi songsang secara vaginal dulu, Sis Hanz. Okay sahaja. Tiada permasalahan.” . Amir (bukan nama sebenar) ialah seorang doktor di sebuah hospital kerajaan dalam ibu negara. Beliau hadir ke kelas bersama isterinya yang sarat hamil anak kedua. . “Ceritalah pada kami, Mir, pengalaman sambut bayi songsang tu.” Dorongan saya disambut dengan anggukkan dua lagi pasangan merangkap rakan seke