Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

MINYAK KELAPA DARA. BERKESANKAH?

Minyak kelapa dara atau nama Inggerisnya Virgin Coconut Oil (VCO) bermaksud sejenis minyak yang dihasilkan daripada kelapa yang tidak menerima pemprosesan haba yang berlebihan. Ia selamat digunakan untuk luaran atau dimakan begitu sahaja atau dicampur dengan makanan yang bersesuaian. Dr Ian A. Prior (1960-an), seorang pakar jantung telah menemukan daripada hasil kajiannya terhadap penduduk di Pulau Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan  yang mengamalkan pemakanan kelapa sebagai diet harian; memiliki paras kolestrol rendah, kesihatan fizikal mantap dan tiada penyakit kronik seperti jantung dan kanser. Satu lagi kajian mendapati bahawa wanita yang mengamalkan pemakanan minyak kelapa dara setiap hari dapat mengurangkan lemak di bahagian abdomen. Walaupun minyak kelapa dara adalah sejenis lemak, ia mengandungi rantaian asid lemak yang sederhana dan tubuh badan akan menggunakan lelemak ini sebagai sumber tenaga. Ia sekaligus meningkatkan metabolisma. Amalan pemakanan dan penyapuannya m