Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Hadir Kelas Dahulu, Ulangkaji Dengan Buku Kemudian | Kisah Bersalin Tenang

Masih segar di ingatan sewaktu Ibu ini hadir kelas HypnoBirthing bersama suaminya. Ibu ini jenis yang lasak. Mengandung pun masih memandu motornya untuk ke lokasi di mana beliau mengadakan coaching tuisyen Matematik. Saya berpesan-pesan, supaya bercuti dahulu sementara menunggu hari bersalin. Anak keduanya dahulu bersalin posisi OP (occiput posterior) iatu wajah bayi mengadap ke atas, yang lazimnya menyukarkan laluan bayi dalam saluran pelahiran dan cenderung menyakitkan ibu di sekitar pinggang dan tulang belakang. Mengharungi kontraksi lebih mencabar dan itulah terjadi pada beliau. Ceritanya pada saya, sewaktu dalam LR di HKL dahulu, bukaan sudah pun 8cm tetapi dek perit menanggung sakit kontraksi yang katanya lain sangat rasanya berbanding sewaktu melahirkan anak sulung, beliau merayu,"Nak C-ser (cesarean)! Nak C-ser!" Mujur jururawat yang bertugas memujuk dan meyakinkannya, memberitahu lagi sikit sahaja bayi akan keluar. Bertenang mampu untuk meneruskan bersali