Skip to main content

Bayi Songsang Pun Boleh



“Breech is just a variation of normal presentation. Even breech still can birth vaginally. Bayi songsang bukan terus kita katakan tak boleh bersalin’normal’ atau lebih tepat bersalin secara vaginal.” 
Bersemangat saya menyampaikan maklumat ini dengan harapan anak didik yang hadir kelas persediaan bersalin tersemat ilmunya.
.
Baru hendak buka mulut untuk menyuruh mereka rujuk pada buku teks yang dibekalkan dalam kelas untuk topik tadi, saya dipotong oleh satu suara kagum,”Oh patutlah.”
.
Saya menoleh ke arah dari mana suara itu datang,”Apa yang patut Mir?”
.
“Saya pernah sambut bayi songsang secara vaginal dulu, Sis Hanz. Okay sahaja. Tiada permasalahan.”
.
Amir (bukan nama sebenar) ialah seorang doktor di sebuah hospital kerajaan dalam ibu negara. Beliau hadir ke kelas bersama isterinya yang sarat hamil anak kedua.
.
“Ceritalah pada kami, Mir, pengalaman sambut bayi songsang tu.” Dorongan saya disambut dengan anggukkan dua lagi pasangan merangkap rakan sekelas Amir dan isterinya.
.
“Masa tu saya masih seorang pelatih. Macam biasa seawal pagi, kami buat rondaan dan sementara menunggu Doktor yang in-charge dan melatih kami ni, kebetulan pula ada seorang ibu ni sudah nak bersalin sangat. Doktor yang sepatutnya attend pada ibu ni lambat sampai jadi sayalah jadi bidan terjun, ambil alih. Apa yang saya lihat sepanjang tempoh meneran itu, ibu ini merangkak sepanjang masa. Saya difahamkan oleh jururawat bertugas bayinya songsang. Saya jadi kaget masa tu dan semua pun tertunggu-tunggu doktor tiba. Saya tak buat apa-apa dan semua berlaku terlalu pantas, Sis Hanz. Ibu ni masih merangkak dan meneran sahaja sambil goyang-goyangkan pinggulnya. Mula-mula, nampak punggung bayi dan tak lama tu, badan pun meluncur keluar sekali. Saya cuma tolong sambut bayi tu setelah keluar seluruh badannya.”
.
“MasyaAllah. Alhamdulillah. Betul kan, songsang pun boleh ‘normal’. Jadi kenapa sekarang kerap sangat kita dengar bila bayi songsang sahaja mesti menjalani pembedahan Cesarean?”
.
“Itulah. Bila Sis Hanz terangkan ini baru saya boleh ingat semula kejadian tu. Tapi, saya dimarah teruk Sis Hanz selepas Doktor tu semak laporan ibu itu. Saya ingat lagi ayat-ayatnya pada saya,’You are lucky that the mother and the baby is okay despite breech and did SVD. Next time, prepare operation theatre. No more hesitation. Always remember, breech must go for Cesarean’. Jadi, bila sudah dipesan-pesan ala-ala mengugut sebegitu, sampai sekaranglah saya fikir bayi songsang tak boleh normal. Sehinggalah hadir kelas Sis Hanz ni.”
.
“Sebetulnya Mir, kalau ikutkan dari pengalaman dan luahan pakar yang mendokong kelahiran alamiah, mereka pun kesal sebab semakin ramai pakar obstetrik dan ginekologi tidak mahu mencuba bayi songsang lahir secara vaginal. Sepatutnya posisi ibu yang dimanipulasikan bagi membantu bayi keluar dengan lancar bukan dirobek sana-sini.”
.
Ada pencerahan, ada kemahuan. Bermula daripada satu biarlah ia merebak dan berubah kembali kepada fitrah. Ilmu Allah Maha luas. Pakar nan satu tak semestinya pakar untuk segalanya.

Comments

Popular posts from this blog

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik