Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Rendah Daya Tahan Sakit Tidak Menghalang Ibu Ini Bersalin VBAC

[Olahan semula seperti yang diceritakan kepada CBE Hanz] Kelahiran anak pertama Ibu yang menetap di Johor ini ialah melalui pembedahan. Ibu ini menghubungi saya sekitar Oktober 2016 dan menjadikan kedua-dua buku Siri Bersalin Tenang sebagai salah satu rujukan dan mentelaah sendiri tanpa hadir mana-mana kelas persediaan bersalin. Ketika kandungan anak kedua beliau masuk ke minggu ke-37, posisi janin dalam rahim masih berkedudukan melintang dan dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya, harapan tipis untuk bayi berubah kedudukan. Beliau dinasihatkan untuk menjalani pembedahan Cesarean buat kali kedua dalam minggu itu juga walau sudah dinyatakan kepada doktor mahukan bersalin normal (vaginal) kali ini. Antara alasan yang diberikan, dikhuatiri air ketuban kering dan bayi terlalu besar untuk dilahirkan. Tiada tanda-tanda hendak bersalin malah pergerakan janin masih aktif. Justeru, saya dihubungi bagi mendapatkan pandangan. Saya dimaklumkan beliau banyak bersujud sejak mingg

Inspirasi Posisi Merangkak Ketika Bersalin

21 Mei 2017 (39 minggu 1 hari) 5 petang: Perut asyik mengeras saja. Quite constant, tapi buat biasa saja sebab anggap Braxton Hicks. Lagipun pinggang tidak sakit. Jadi, layan anak-anak main sambil layan gymball, squat, pelvic floor exercise, dan senaman yang lain. 7.30 petang: Ada keluar brownish mucus plug. Tapi masih rileks. Yakin maklumkan pada suami, mungkin dalam 2 ke 3 hari, baby keluar. 1.30 pagi: Terjaga dari tidur. Wah, surge sudah mula berasa sakit pinggang la. Terus bangun untuk mengemas beg hospital.  3.00 pagi – Mula merekod masa kontraksi dan timer sudah menunjukkan selang 5 minit. Setiap kali surge hadir, berusaha untuk praktikkan pernafasan sambil merangkak dan berhayun. Kejutkan suami minta sama-sama kemas barang.  4.00 pagi - Cuba tidur sebab rasa mengantuk sangat  5.00 pagi - Terjaga semula. Surge semakin kuat. Asyik berasa nak buang air besar. 3 kali ulang alik ke tandas dan kali terakhir perasan ada blood stain keluar. Dalam hati kata &qu

Bayi Songsang Pun Boleh

“Breech is just a variation of normal presentation. Even breech still can birth vaginally. Bayi songsang bukan terus kita katakan tak boleh bersalin’normal’ atau lebih tepat bersalin secara vaginal.”  Bersemangat saya menyampaikan maklumat ini dengan harapan anak didik yang hadir kelas persediaan bersalin tersemat ilmunya. . Baru hendak buka mulut untuk menyuruh mereka rujuk pada buku teks yang dibekalkan dalam kelas untuk topik tadi, saya dipotong oleh satu suara kagum,”Oh patutlah.” . Saya menoleh ke arah dari mana suara itu datang,”Apa yang patut Mir?” . “Saya pernah sambut bayi songsang secara vaginal dulu, Sis Hanz. Okay sahaja. Tiada permasalahan.” . Amir (bukan nama sebenar) ialah seorang doktor di sebuah hospital kerajaan dalam ibu negara. Beliau hadir ke kelas bersama isterinya yang sarat hamil anak kedua. . “Ceritalah pada kami, Mir, pengalaman sambut bayi songsang tu.” Dorongan saya disambut dengan anggukkan dua lagi pasangan merangkap rakan seke

Kursus Bersalin Terbaik Dengan Harga Di Bawah Pasaran

 Pernahkah Puan diberitahu tatacara aspek pemakanan berlandaskan pemakanan orang Asia, yakni Diet Nusantara dalam kelas antenatal?  Adakah Puan diberitahu makanan boleh menjadi remedi terbaik dalam menjaga kesihatan sekaligus menurunkan kadar risiko menjelang hari bersalin?  Sudahkah Puan dan pasangan sedia bersenam menurut cara yang betul dan telah terbukti sekian lama senaman bukan sahaja mengurangkan alahan hamil m alah membantu ketika bersalin?  Adakah Puan sudah memahami prosedur medikal sepanjang proses pelahiran?  Tahukah Puan bagaimana menangani rasa cemas kerana khuatir pada kemampuan menanggung sakit bersalin?  Bolehkah Puan berasa yakin berilmu untuk menempuh dua tahun menyusukan bayi yang bakal lahir? Dan, jika masih banyak soalan bermain-main di fikiran, Pengendali  Bengkel Bersalin Tenang  boleh membantu Puan dan pasangan menempuh detik bersejarah yang memberi seribu satu persoalan dan cabaran. Jangan tunggu lagi. Daftar di 

5 Sebab Kenapa Suami Harus Hadir Kelas Persediaan Bersalin

Di dalam Kelas Persediaan Bersalin, antara perkara yang dimaklumkan dan ilmu yang disampaikan merangkumi : 1) Morning sickness, alahan, sakit-sakit sendi, mengidam makanan adalah asam garam yang dijangkakan berlaku pada Isteri yang sedang hamil. Suami jangan pula kata Isteri sengaja mengada-ngadakan perlakuan tersebut. Ini banyak berpunca daripada perubahan hormon kerana tubuh badan isteri sedang menerima keadaan  pembaharuan bagi menampung perkembangan anak yang sedang dikandung. 2) Pemakanan seimbang untuk Ibu hamil ada sedikit kelainan berbanding sebelum hamil. Suami harus ambil berat tentang ini. 3) Melahirkan zuriat membakar kalori dan lemak serta memerlukan stamina yang mantap. Persediaan dari segi fizikal amat perlu pada Isteri dan siapalah yang sebaiknya mendorong isteri bersenam, melainkan suaminya sendiri? 4) Tiada lagi isu cemas, gugup, takut darah dan sebagainya menjelang hari bersalin kerana suami adalah sebaik-baik peneman ketika Isteri bersalin. Jadi, s

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak

7 Alasan Terbaik Untuk Tidak Meneran Semasa Bersalin

+ Memberi peluang tisu perineum meregang dengan sendiri selari dengan kontraksi. + Tidak memberi tekanan pada bayi. + Menyimpan tenaga sekaligus kurang memenatkan. + Lebih banyak oksigen sampai kepada bayi kerana ibu tidak mencungap-cungap. + Redakan stress dan elak kegelisahan pada ibu. + Menghindari koyakan perineum yang teruk. + Masa berpantang lebih pendek dan lebih cepat pulih selepas melahirkan anak. . Tonton video dan hadamkan penerangan wanita ini.

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik

Koyak Ikut Kulit | Bahagian Dua

Seorang Pakar Kesihatan Keluarga berjawatan doktor yang bisa mengendalikan kes-kes ibu bersalin antara anak didikan kelas persediaan bersalin saya. Sarat hamil anak yang kelima, teruja mahu tahu ilmu bagaimana yang diajarkan oleh Pendidik Kelahiran (CBE) seperti saya. Adakalanya saya perkenalkan diri sebagai Guru Bersalin. Jikalau air muka tampak masih tidak mengerti, suka sahaja sebut Cikgu Beranak, untuk gelaran diri. . Kebetulan beliau hadir kelas p erseorangan jadi sepanjang kelas, saya tidaklah memonopoli sesi dengan berceloteh tidak henti-henti. Kami lebih banyak berbual dan bertukar informasi. Beliau bercerita dari sudut kesihatan dan sisi seorang petugas medikal manakala saya menekankan konsep fitrah juga aspek persediaan emosi dan kerohanian. Bayangkan gabungan ilmu kedua-duanya. Makin mantaplah bekalan buat ibu hamil berjuang di medan bersalin. . Rancak kami berbual sehinggalah topik tentang koyakan semasa meneran dibangkitkan. “Orang India paling susah ber

Bersalin Posisi Merangkak Bersamaan Angry Cat?

21 Mei 2017 (39 minggu 1 hari)- 5 petang: Perut asyik mengeras saja. Quite constant...tapi buat biasa saja sebab anggap Braxton Hicks. Lagipun pinggang tidak sakit. Jadi, layan anak-anak main sambil layan gymball, squat, pelvic floor exercise, dan senaman yang lain. 7.30 petang: Ada keluar brownish mucus plug. Tapi masih rileks. Yakin maklumkan pada suami, mungkin dalam 2 ke 3 hari, baby keluar. 22 Mei 2017 1.30 pagi: Terjaga dari tidur. Wah, surge sudah mula berasa sakit pinggang la. Terus bangun untuk mengemas beg hospital. 3.00 pagi – Mula merekod masa kontraksi dan timer sudah menunjukkan selang 5 minit. Setiap kali surge hadir, berusaha untuk praktikkan pernafasan sambil merangkak dan berhayun. Kejutkan suami minta sama-sama kemas barang. 4.00 pagi - Cuba tidur sebab rasa mengantuk sangat 5.00 pagi - Terjaga semula. Surge semakin kuat. Asyik berasa nak buang air besar. 3 kali ulang alik ke tandas dan kali terakhir perasan ada blood stain keluar. Dalam hati k

Koyak Ikut Kulit | Bahagian Satu

“Ini saya beri petua awet muda.” Kesemua yang hadir mendongak merenung saya. Saya jangkakan mesti ada yang merasakan mereka tersilap kelas. Ini kelas persediaan bersalin atau kelas anggun mencantikkan diri? Saya meneruskan bicara langsung tidak terusik dengan kekerutan terpamer di wajah masing-masing. “Kulit kita perlu bernafas, sama seperti peparu perlukan oksigen. Jika ditepek bedak tebal-tebal serupa tepung gomak dah muka tu, macam mana kulit boleh bernafas? Pori-pori tertutup, kulit akan cepat kering dan kusam. Cepat berkedut. Lagi pantaslah kita dimamah usia, dan tak mustahil akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar.” . “Sis Hanz, kenapa cerita ini semua? Apa kaitan dengan bersalin?” Seorang suami menunjukkan tanda protes dengan mengajukan soalan perkaitan. . Saya tidak menjawab soalan suami itu sebaliknya berpaling ke wajah para isteri dengan senyuman penuh bermakna. “Saya mahu tanya soalan ini kepada para isteri. Kulit ‘hat’ bawah tu, yang anu tu lain dari

Siapa Lagi Mahu Bersalin Tanpa Koyakan?

Koyakan perineum boleh dielak dengan menghindari guntingan episiotomi. Koyakan semula jadi lebih rendah risikonya dan jika ia berlaku sekalipun terutama jenis koyakan peringkat pertama yakni di kulit sahaja, tempoh kulit bertaut dan sembuh cepat.  Antara amalan:  Diet harian dilengkapi dengan zat protein yang tinggi, omega-3 dan lemak sihat supaya kulit lebih anjal dan tidak mudah merekah.  Rajin bersenam dengan memperbanyakkan mencangkung, berjalan cergas dan naik turun tangga di penghujung kehamilan.  Mempraktikkan senaman otot lantai pelvik (Kegel) secara konsisten.  Mengaplikasikan teknik pernafasan yang betul supaya tidak meneran terlalu kuat atau berjaya mengelakkan meneran.  Kita akan dipaksa menjalani episiotomi jika kelihatan keletihan melampau semasa melahirkan bayi. Atasinya dengan mengambil makanan dan minuman yang membekalkan tenaga mencukupi.