Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

CAKNA KESIHATAN MENTAL BUAT KAUM IBU

Saya pernah menerima satu panggilan sekitar pukul 2 pagi dari seorang ibu yang sarat mengandung anak kedua yang berulang kali merasai mahu bunuh diri atas sebab putus harapan dengan hidup. Sepanjang panggilan kira-kira sejam lebih itu, saya lebih banyak mendengar dan sekali sekala mencelah dengan cuba menenangkannya dengan kata-kata perangsang (cuba berempati). Jujurnya saya sendiri tidak tahu respon bagaimana sebaiknya. Apa yang harus dikatakan dan simpati mahu membantu tapi saya sedar sudah di luar bidang saya dan ibu itu harus mendapatkan rawatan pakar jika sudah sehingga rasa ‘suicidal’. Penyudahnya saya berikan nombor telefon Befrienders (603-79568145 /  www.befrienders.org.my ) dan mencadangkan ibu ini untuk ke klinik dengan kadar segera untuk rawatan. Berceritanya semula pun sekarang, saya menggigil mengingatkannya semula. Saya cuma mampu berdoa dari jauh agar ibu ini selamat. Saya terkesan dengan kejadian ini.” . “Puan sudah buat yang terbaik, semampu yang puan boleh. Doa dari