Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Khasiat Kurma Untuk Ibu Hamil

Muncul dengan banyak ketika bulan Ramadhan, buah tamar atau kurma mengandungi asid lemak seperti oleic dan linolenic bagi membantu pengumpulan serta pembekalan tenaga dan penghasilan hormon prostaglandin. . Amalan memakannya ketika hampir bersalin berupaya mewujudkan serotonin, tannin dan kalsium yang membantu kontraksi yang efektif dan otot-otot uterus lancar dan memendekkan tempoh bersalin.  . Buah tamar juga bermanfaat membantu menjaga kadar gula dalam darah bagi yang meng hidap penyakit kencing manis atau diabetes. (halaman 22, buku 'Formula Bersalin Tenang: Tip-tip Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu)

Adakah Teh Daun Raspberri Berbaloi Untuk Wang Anda Yang Bakal Melahirkan Anak

Mari kita selidiki melalui penemuan pakar. . Rendaman teh daun raspberry di bawah kategori teh herba ini memberikan khasiat vitamin dan mineral. Ia diperturunkan dari satu generasi ke generasi secara tradisional sebagai ramuan suplemen untuk ibu hamil di penghujung kehamilan sebagai persediaan organ pembiakan untuk bersalin dan penggalak penghasilan susu ibu. . Teh ini dianggap boleh membantu ibu yang lambat bersalin terutama dijadikan sebagai remedi bagi yang telah melepasi tarikh jangkaan bersalin (EDD) secara mendadak. . Apa yang berlaku sebenarnya bukanlah pencetus kontraksi secara semulajadi, sebaliknya menguatkan otot-otot Rahim agar sensasi kontraksi lebih efektif. Maka ia seharusnya diambil lebih awal secara konsisten menjelang EDD yang semakin menghampiri bukan dua tiga cawan diminum lantas memberi kesan pantas. Apabila diminum oleh ibu yang menyusukan, ia menjadi penggalak produksi susu ibu. . Pengambilannya mestilah konsisten setiap hari. Pada ibu hamil

Kenapa Seorang Wanita Jadi Pelupa Sejak Mengandung

"Alahai, phone tertinggal di rumah. Nak balik rumah ker tak ni?" Dialog biasa didengari di kalangan ibu hamil. Pelupa semasa hamil adalah normal kerana perubahan hormon spesifiknya hormon pregesteron yang meningkat. Bagaimana menghadapi sindrom pelupa ini? ++ Bawa buku nota kecil ke mana-mana sahaja untuk mencatat perkara penting. Buku nota kecil tidak selalu digunakan jadi keberangkalian untuk terlupa rendah. Dan tidak perlu dicas seperti telefon. ++ Gunakan kalendar harian untuk dipamerkan di tempat yang mudah kita nampak apa perkara penting yang telah dicatat. ++ Himpunkan barang-barang yang selalu digunakan seperti dompet, kunci kereta, kunci rumah dan telefon pintar di satu tempat khas yang boleh dicapai dengan pantas. ++ Maklumkan pasangan berkenaan perkara penting supaya dia boleh mengingatkan kita sekiranya kita terlupa. ++ Perbanyakkan makan makanan yang mengandung anti-oksida dan zat mineral tinggi penting untuk keperluan otak. Antaranya:

Teknik Biasa Tetapi Menjadi Untuk Berbuat Keputusan Ketika Hamil Dan Bersalin

Sekiranya ibu hamil dan pasangannya dibelenggu dengan bebanan membuat keputusan penting, cuba praktikkan tip 'BRAIN' bila kita di persimpangan dilema. . B-R-A-I-N ialah satu perkataan akronim yang membawa maksud ‘Benefit’, ‘Risk’, ‘Alternative’, ‘Intuitive’ dan ‘Nothing’. Ia menjelaskan langkah membuat keputusan bermula dengan langkah pertama dan seterusnya dengan bertanya beberapa soalan pada pihak medikal seperti berikut:  Apakah manfaat (benefit) saranan mereka?  Apakah risiko (risk) yang perlu dihadapi jika tidak bersetuju dengan saranan tersebut?  Adakah alternatif (alternative) lain yang boleh diambil?  Apa kata naluri (intuitive) si ibu dan si ayah?  Bagaimana jika tidak berbuat apa-apa (do nothing) sebaliknya membenarkan perjalanan pelahiran menurut fitrah? . Bulatkan hati yakni kita bertawakal sepenuhnya pada Yang Maha Esa setelah menimbang-tara baik buruk tindakan berasaskan semua maklumat penting.

Kenapa Macam Rasa Ada Bola Peluru Hendak Jatuh?

Kaki sudah terhenti, terus melutut dan memegang suami. "Tak sempat dah ni..." . Semuanya bermula dengan trauma 2 tahun dahulu. Masa itu hanya persiapkan diri belajar tentang penyusuan ibu. Siap sudah berbelanja pam paling stylo waktu itu atas saranan kawan. Mudah katanya untuk ibu bekerjaya. . Taktau pula rupa-rupanya nak bersalin juga perlu persediaan. Ingatkan boleh main teran sahaja. . Akhirnya '2nd degree tear', hampir 2 jam dijahit dengan sabar oleh jururawat yang sabar menahan karenah. Gas yang dibekalkan untuk disedut semasa jahit bagai tidak membantu. . Berbekalkan pengalaman trauma, gagahkan diri mencari kelas persediaan bersalin untuk anak kedua. . . Harganya masih lebih rendah jika dibandingkan dengan harga pam Medela Freestyle yang dibeli semasa mengandungkan anak pertama. . Alhamdulillah, suami mahu turut serta. Memboyot 36 bulan kalau tak silap, duduk pun asyik kebas memanjang. . Terngiang-ngiang soalan Dr. Nadrah