Skip to main content

Ibu Ini Berjaya Bersalin Tanpa Koyakan Perineum

Baby Fikrah Ulya (3.79kg),17/1/2018
Bismillahirrahmanirrahim

Perjalanan kelahiran alami anak ketiga saya iaitu puteri sulong kami FIKRAH ULYA,
EDD : 12 Januari 2018 (Jumaat)

Pada hari jangkaan bersalin, baby masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk keluar. Saya rileks je layan pregnancy. Kalau ikutkan, pada tarikh ini, kena pergi check up di KK tapi saya tak pergi kerana ada appointment dengan my lovely Dr Zana Zalinda  😍 😍

Alhamdulillah rasa tenang sahaja bila jumpa my doctor. Really POSITIVE & GIVE SUPPORT. Dr Zana beri extra 10 days dan siap bagi tips lagi. Berdekatan dengan hospital, ada orang jual nanas. Saya borong beli nanas 2 biji, 2 bekas buah nanas potong dan air nanas. Punyalah beriya beli asbab nak bagi natural inducer (ada term dia tapi saya tak ingat) supaya ada gesaan nak bersalin.
13 Januari 2018 (Sabtu)

Seharian tu saya perbanyakkan makan nanas. Sedap nanas tu. Manis dan juicy sangat. Masih belum ada tanda.

14 Januari 2018 (Ahad)
Ajak Encik Suami teman window shopping. Alasan konon nak banyakkan berjalan dan ‘up’kan hormone oxytocin. Padahal perut memang rasa berat tak larat nak berjalan tapi bila masuk shopping mall, tak terasa sangat ‘ketidaklaratannya’… 😝 😆 😆

15 Januari 2018 (Isnin)
KK suruh datang untuk cek jantung baby. Alhamdulillah jantung baby dan air ketuban semua ok. 
Jalan-jalan lagi teman my mom beli barang di Tesco dengan harapan akan turun tanda nak bersalin pada hari itu. Malam tu masih tiada tanda yang ditunggu-tunggu.

16 Januari 2018 (Selasa)
My hubby ajak saya ikut dia pergi kerja sekali supaya apa-apa jadi, senang terus gerak ke hospital sebab rumah my mom jauh dari tempat kerja suami. Boleh cut masa perjalanan nak gerak ke hospital. Saya stay di centre kami sahaja. Cadang nak brisk walk, turun naik tangga, jalan itik dan macam2 exercise lain yang boleh bantu mudahkan bersalin..Memang bersungguhlah orang kata. Baca pengalaman bersalin orang lain yang best, baca buku Dr Tadashi, buka nota kelas persediaan bersalin tenang, chit-chat dengan sahabat-sahabat yang positif tentang Gentle Birth, baca Birth Affirmation yang saya dah senaraikan, tengok youtube apa-apa berkaitan kelahiran dan sebagainya. Memang persediaan bersalin kali ni saya study bersungguh sebagai persediaan seperti orang nak ambil exam.

Memang saya berimpian nak betul-betul dapat capai kelahiran alami yang saya idam-idamkan. Sepanjang bersalin, saya selalu ’visualize’kan kelahiran alami yang saya nak dan semestinya perkara positif sahaja sehingga saat melahirkan. Sangat penting berada di dalam circle yang positif yang sama matlamat seperti kita.
Setelah Encik Suami pulang kerja, dia tanya saya, “Macam mana? Dah ada rasa sakit?” Saya cuma menggelengkan kepala sahaja. Sambil berdoa moga ada berita baik malam nanti.

17 Januari 2018 (Rabu)
2.30 am –Terjaga daripada tidur. Rasa macam perut tak selesa tapi bukan contraction. Untuk kepastian, saya amati betul-betul  ketidakselesaan itu dan set time. Rasa tak selesa datang selang 5 minit lebih kurang tapi sangat tak terasa. Jadi tu yang confuse tu Braxton Hicks ke apa.
3.00 am-Kejut suami cakap macam ada rasa contraction tapi very mild. Suami terus bangun dan ajak terus ke hospital. Saya memang dah ready barang siap-siap sebelum ini. Saya beritahu emak saya yang kami nak gerak ke hospital tapi saya tak beritahu hospital mana sebab tak nak mak risau.
3.45 am – Bertolak ke hospital Rampai Puteri dari Melaka. Mesej my CBE Kak Hanz dan Dr Zana Zalinda. Dr Zalinda kebetulan on duty waktu tu. Sepanjang perjalanan dah mula rasa contraction but still bearable. Dalam hati rasa tersangat bahagia sebab dah mula rasa contraction yang ditunggu-tunggu. Tak sabar nak tengok baby comel keluar sambil berdoa moga segala impian kelahiran tenang yang dihajatkan & dinyatakan dalam birth plan tercapai. Alhamdulillah jalan tak sibuk dan smooth sahaja.

5.45 am – Sampai di Rampai Puteri. Cadangnya nak layan contraction di hotel dulu. Dah check in hotel dah tapi Dr Linda suruh pergi hospital dulu untuk cek bukaan. Sampai hospital, terus buat CTG. Tak lama tengah buat CTG Dr Linda datang tengok graf CTG. Dia cakap boleh tahan contraction saya tapi saya still tenang dan boleh senyum..hhihi. 

Dr Linda nak cek VE tiba-tiba air ketuban pecah sendiri tengah CTG tu. Sempat Dr gurau, bukan saya yang pecahkan ok..haha.
Cek bukaan tengok dah 6cm. Dr tanya nak solat Subuh dulu boleh lepas tu masuk wad dulu take breakfast for energy. Tengah sarapan tak sampai separuh roti dah rasa nak teran. Yang kelakarnya, ketika sedang saya bersarapan, suami sibuk duk pam gymball utk saya.Yelahkan, nak bawa masuk gymball siap-siap dalam kereta nanti mak pelik nak pergi mana bawa bola besar tu. Kihkihkih. Masa suami tengah semangat duk pam tu, saya memang dah betul-betul rasa nak teran cakap kat suami, “Abang, urut pinggang ayang!” Suami terus tinggalkan gymball yang dah separuh dia pam tu dan urut sambil tekan loceng panggil Dr Linda.

Tak sempat pergi labor room,  Dr Linda terus suruh saya ambil posisi bersalin yang saya selesa. Saya cakap nak squat tapi Dr kata dalam keadaan saya ketika itu macam tak sesuai. Dr suruh saya mengiring ke kiri atas katil. Dr suruh control breathing & buat J breathing untuk keluarkan baby. Masa tu memang tak dapat nak tahan rasa nak teran tu. Suamilah yang guide pernafasan breathe in & out. Saya tengok muka suami dan follow je arahan suami. Memang terbaiklah suamiku. Apply semua yang diajar dalam kelas.  =)

Alhamdulillah baby keluar smooth sahaja tanpa teran. Just breathe out the baby. Alhamdulillah no drip, no epi, no tear just calit kecil je Dr Linda cakap so no need to stich, dapat DCC dalam 30 minit, placenta out naturally, skin to skin, dan dapat tengok baby’s first crawl searching breastmilk. Baby lahir dalam pukul 7.45 am. Alhamdulillah super duper fast labor experience. Dr Linda very supportive and sporting. Masa nak bersalin Dr sempat bergurau dan memang caring sangat. Siap panggil kita sayang lagi.  😘 😍 ❤

Alhamdulillah pantang kali ni relax je sebab tak ada jahitan, rasa segar dan sihat bertenaga. Tak rugi pergi kelas untuk dapatkan ilmu bermanfaat.Sekian sahaja coretanku. Moga kalian juga akan dapat rasai nikmat kelahiran bersalin tenang.  =)

DISCLAIMER : Perkongsian ini adalah untuk sebarkan positive vibes dan beri inspirasi buat sahabat yang berusaha untuk dapat kelahiran tenang yang diidamkan. Hanya yang positif sahaja ok. Sebelum membuat keputusan untuk capai kelahiran tenang, ilmu amatlah penting. Dan ingat,ilmu Allah TERSANGATLAH LUAS. Thank you Allah 'ala hazihinni'mah..
#TrustAllahTrustOurBodyTrustOurBaby
#GentleBirth
#BersalinTenang
#KelahiranFitrah
#PositiveCircle
Kredit: Puan Syarzielah Aleya

Comments

Popular posts from this blog

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik

Bayi Songsang Pun Boleh

“Breech is just a variation of normal presentation. Even breech still can birth vaginally. Bayi songsang bukan terus kita katakan tak boleh bersalin’normal’ atau lebih tepat bersalin secara vaginal.”  Bersemangat saya menyampaikan maklumat ini dengan harapan anak didik yang hadir kelas persediaan bersalin tersemat ilmunya. . Baru hendak buka mulut untuk menyuruh mereka rujuk pada buku teks yang dibekalkan dalam kelas untuk topik tadi, saya dipotong oleh satu suara kagum,”Oh patutlah.” . Saya menoleh ke arah dari mana suara itu datang,”Apa yang patut Mir?” . “Saya pernah sambut bayi songsang secara vaginal dulu, Sis Hanz. Okay sahaja. Tiada permasalahan.” . Amir (bukan nama sebenar) ialah seorang doktor di sebuah hospital kerajaan dalam ibu negara. Beliau hadir ke kelas bersama isterinya yang sarat hamil anak kedua. . “Ceritalah pada kami, Mir, pengalaman sambut bayi songsang tu.” Dorongan saya disambut dengan anggukkan dua lagi pasangan merangkap rakan seke