Skip to main content

Inspirasi Posisi Merangkak Ketika Bersalin


21 Mei 2017 (39 minggu 1 hari)
5 petang: Perut asyik mengeras saja. Quite constant, tapi buat biasa saja sebab anggap Braxton Hicks. Lagipun pinggang tidak sakit. Jadi, layan anak-anak main sambil layan gymball, squat, pelvic floor exercise, dan senaman yang lain.

7.30 petang: Ada keluar brownish mucus plug. Tapi masih rileks. Yakin maklumkan pada suami, mungkin dalam 2 ke 3 hari, baby keluar.

1.30 pagi: Terjaga dari tidur. Wah, surge sudah mula berasa sakit pinggang la. Terus bangun untuk mengemas beg hospital. 
3.00 pagi – Mula merekod masa kontraksi dan timer sudah menunjukkan selang 5 minit. Setiap kali surge hadir, berusaha untuk praktikkan pernafasan sambil merangkak dan berhayun. Kejutkan suami minta sama-sama kemas barang. 
4.00 pagi - Cuba tidur sebab rasa mengantuk sangat 

5.00 pagi - Terjaga semula. Surge semakin kuat. Asyik berasa nak buang air besar. 3 kali ulang alik ke tandas dan kali terakhir perasan ada blood stain keluar. Dalam hati kata "yes, it's the time to go to hospital"

5.30 pagi: Sempat solat taubat dan solat subuh berjemaah dengan suami. Kejutkan anak sulung yang berusia lima tahun dan anak kedua yang berusia tiga tahun bersiap-siap ikut pergi hospital. Kami memang terpaksa bawa anak-anak sekali pergi hospital sebab tiada siapa yang boleh jagakan pada masa tu.

6.20 pagi: Bertolak ke Hospital Tunku Azizah, Setapak. Bermesej dengan Dr Linda memberitahu kami dalam perjalanan ke hospital. Sebelum itu sempat mengunyah beberapa butir kurma. Kami tinggal di Nilai, jadi waktu sebegini sudah mula jalan raya sesak. 

Dalam hati tawakal saja, memang kepada Allah kami serahkan segalanya. Suami berterusan ingatkan agar control breathing. Untuk kurangkan fokus pada rasa sensasi kontraksi, saya hidu "baby oil" seraya membayangkan kecomelan baby yang bakal dilahirkan. Bila surge semakin kuat, saya hidu dan sapu "clary sage soothing oil" pada pinggang. Amat membantu meredakan rasa itu. 

22 Mei 2017 -
7.30 pagi: Di saat kesesakan lalulintas agak teruk di Tol Sungai Besi, gooosh, ketuban saya pecah! Entah kenapa..walaupun semakin sakit tapi hati saya semakin gembira.Husband dah panik..tapi saya tahu dia buat-buat tenang. Tidak sia-sia heret suami pergi BENGKEL BERSALIN TENANG kelolaan Sis Hanz Jamaludin

Akhirnya setelah 1 jam 30 minit tempoh perjalanan, sampai juga kami di Hospital Tunku Azizah. Terus ke wad kecemasan. Nurse bertanya saya "Puan ada appointment dengan Doc ya?" Saya jawab "Tak, tak..saya nak bersalin dah ni". Mungkin nurse tidak perasan saya nak bersalin dah sebab saya kelihatan tenang sahaja.

Nurse buat VE, wah..dah 9 sentimeter bukaan (dilated), dalam sakit-sakit tu sempat lagi berbunga-bunga di hati "yess...tak lama lagi dah ni". Nurse terus bawa ke labour room naik wheelchair. Saya nak berjalan saja tapi nurse berkeras suruh naik takut saya terberanak..ok tidak mengapa, ikutkan saja.

Tanya pada nurse, boleh bawa anak-anak masuk labour room sekali. Tapi nurse cadangkan check in bilik wad terus dan tinggalkan anak-anak di situ. Ok, tidak mengapa. Pesan pada anak-anak supaya jaga diri baik-baik di situ, kejap lagi ibu datang bawa adik.

Masuk labour room terus panjat katil sambil buat 'all fours' (merangkak). Masa ini Dr Linda belum sampai lagi sebab Dr Linda pun terperangkap dalam kesesakan. Nurse hanya biarkan saya sendirian dalam labour room tu. 

Bila surge makin menggila, kadang-kadang saya jadi haywired juga. Mulalah saya menjerit "Allahuakbar" dan "sakit" instead of breathing. Suami dan head nurse tidak putus asa mengingatkan kawal pernafasan dan mengurut belakang saya. 

Beberapa minit kemudian, Dr Linda tiba. Beliau membantu perbetulkan posisi "all fours" (merangkak) dan pimpin saya cara yang betul untuk pernafasan keluarkan bayi.
Rupanya cara bersalin all fours itu hampir serupa dengan cara senaman angry cat yang Kak Hanz ajar dan ada dalam buku Formula Bersalin Tenang itu.

Cuma, tangan pegang dekat kepala katil (45 degree). Semasa menarik nafas, doktor suruh tarik badan ke depan sedikit dan ketika menghembus nafas, doktor suruh tarik badan ke belakang. Memang teringat senaman Angry Cat.

8.30 pagi: Selepas pernafasan yang sebetulnya beberapa kali, alhamdulillah, baby girl meluncur keluar dan spontan skin to skin dan beterusan dengan penyusuan. Dapat merasa lewatkan potong tali pusat (DCC)

Syukur ya Allah untuk pengalaman kelahiran yang indah kali ini. Sangat berbeza dengan kelahiran sebelum ni. Anak pertama, lahir czer. Anak kedua vbac (bersalin normal selepas caesarean). Tapi itu pun selepas perjalanan persalinan yang lama tambahan pula melalui prosedur induksi yang perit. 


Comments

Popular posts from this blog

Bayi engaged itu perlukah untuk melahirkannya?

(Kisah kelahiran yang dikongsi oleh pembaca buku Formula Bersalin Tenang: Tip dan Mudah Cara Kelahiran Untuk Si Ibu) Warning: Kisah ini agak panjang, harap kalian sudi baca sampai habis. ^_^ . Salah satu dugaan saya masa mengandungkan Ayra dihujung kehamilan sekitar minggu ke-38 adalah isu engagement. Pergi weekly check up di KK, misi cakap kepala Ayra oblique, dan kebiasaanya bagi primi (kandungan pertama) kepala baby akan engaged bermula pada minggu ke-36. Misi pun refer saya kepada doktor. Lepas skan, doktor KK merujuk pada pakar dan saya dimaklumkan oleh doctor pakar untuk warded bagi kes "unstable lie" untuk memantau kedudukan bayi melalui carta selama 3 hari 2 malam. Doktor: Puan Azaina perlu warded ye. Kita akan hantar ke Hospital Beufort.  Saya : Ha?? *speechless*. (Tiba-tiba rasa mahu menangis dan macam nak pengsan. Yalah, baru sahaja ambil cuti awal selepas 3 hari lapor diri, kononnya mehu berehat di rumah selepas penat berulang-alik antara Membak

Apa Yang Doktor Anda Tidak Beritahu Tentang Episiotomi

Mitos #1 – Potongan lurus melalui guntingan episiotomi cepat sembuh berbanding koyakan semulajadi. ** Fakta: Kajian membuktikan koyakan kecil yang hanya mencarik permukaan kulit vagina lebih cepat sembuh berbanding kesan gunting yang sudah pasti menembusi lapisan kedua kulit dan otot vagina. Doktor sememangnya lebih suka menjahit koyakan lurus berb anding koyakan di merata tempat akibat rekahan sel-sel. Tanpa perlu jahitan, sel-sel koyakan akan bertaut semula dan mengambil sedikit masa. Cuba fikir adakah kita akan bergegas ke hospital untuk menjahit luka kecil walau terhiris pisau sekalipun? Mitos #2 – Koyakan semula jadi semasa melahirkan berkemungkinan akan melarat sehingga ke kawasan anus(rectum). ** Fakta: Kajian membuktikan bila vagina telah melalui episiotiomi, koyakan akan lebih besar tambahan pula jika berlaku serentak koyakan semula jadi. Risiko koyak lebih meningkat dengan prosedur episiotomi. Mitos #3 – Seorang wanita akan rendah risik

Bayi Songsang Pun Boleh

“Breech is just a variation of normal presentation. Even breech still can birth vaginally. Bayi songsang bukan terus kita katakan tak boleh bersalin’normal’ atau lebih tepat bersalin secara vaginal.”  Bersemangat saya menyampaikan maklumat ini dengan harapan anak didik yang hadir kelas persediaan bersalin tersemat ilmunya. . Baru hendak buka mulut untuk menyuruh mereka rujuk pada buku teks yang dibekalkan dalam kelas untuk topik tadi, saya dipotong oleh satu suara kagum,”Oh patutlah.” . Saya menoleh ke arah dari mana suara itu datang,”Apa yang patut Mir?” . “Saya pernah sambut bayi songsang secara vaginal dulu, Sis Hanz. Okay sahaja. Tiada permasalahan.” . Amir (bukan nama sebenar) ialah seorang doktor di sebuah hospital kerajaan dalam ibu negara. Beliau hadir ke kelas bersama isterinya yang sarat hamil anak kedua. . “Ceritalah pada kami, Mir, pengalaman sambut bayi songsang tu.” Dorongan saya disambut dengan anggukkan dua lagi pasangan merangkap rakan seke